Sahabat Sejati

Sunday, 17 May 2020

SEDEKAH HUTANG YANG TIDAK DITEMUI TUANNYA

SOALAN: 

Kalau kita ada berhutang dengan seseorang tetapi ketika hendak membayarnya tuannya menghilangkan diri jadi bolehkah kita sedekah duit tersebut? 

JAWAPAN: 

Membayar hutang adalah wajib bila sampai tempohnya dan jika tidak ada tuan hutang nescaya wajib mencarinya. Jika tuan hutang sudah mati maka wajib diserahkan duit tersebut kepada warisnya. Olih kerana itulah haram bersedekah duit hutang yang tuannya sudah mati sebelum menyerahkan kepada warisnya. 

Ada pun jika warisnya pun tidak dapat ditemui lagi maka haruslah bersedekah pada ketika itu. 

Berkata Imam Al-Ghazali:

 أن الذنوب التى بين العباد إما فى المال ويجب رده عند المكنة فإن عجز لفقر استحله فإن عجز عن استحلاله لغيبته أو موته وأمكن التصدق عنه فعله وإلا فليكثر من الحسنات ويرجع إلى الله ويتضرع إليه فى أن يرضيه عنه يوم القيامة .اهـ 

Ertinya: “Sungguhnya segala dosa itu yang antara manusia adakalanya pada harta. Maka wajiblah mengembalikannya kepada tuannya ketika mampu. Maka jika tidak mampu kerana miskin misalnya maka hendaklah meminta halal dari tuannya. Dan jika tidak dapat meminta halal dari tuannya sebab tiada dapat dikesan tuannya atau telah mati dan andainya mampu bersedekah maka bersedekahlah daripadanya. 

Kalau bersedekah pun tidak mampu maka banyakkanlaah melakukan amal kebajikan dan menyerahkan kepada Allah dalam keadaan rendah diri mudah-mudahan tuannya redha daripadanya pada hari kiamat nanti.” (Kitab Minhajul Abidin) 

Wallahua’lam

3 comments:

paridah said...

Assalam ustaz sihat sejhtra brsma fmmili..moga hutang yg dibuat dpt dilunaskan

Normala Saad said...

Assalamualaikum ustaz.
Moga bulan posa ni diberi keberkatan hidup dan dilimpahi rezeki.
Saya pun kini berusaha membayar apa yang terhutang selama ni. Buang rasa malu.

Nor Azimah Ali said...

Hutang wajib dilunaskan walau mcmana pun keadaannya kan ustaz

Post a Comment