Sahabat Sejati

Thursday, 4 April 2019

Untukmu teman (aku)

Teman, 
Tiada kekuatan apa pun yang mampu menggoyahkan jiwa seseorang yang mendapat curahan rahmat Allah. Tiada kegelapan apa pun yang dapat menyesatkan jiwa yang di dalam lindungan-Nya. Tiada keresahan yang mampu merobek jiwa seseorang yang mendapat kasih sayang Allah. 

Sebaliknya hati yang ‘terputus’ dengan tali ikatan Allah amat sulit untuk mengecap tenteramannya kehidupan. Demikianlah jiwa yang gelap tanpa sinar petunjuk-Nya, jalannya berliku dan bergelombang tanpa cahaya kebenaran-Nya. 

Teman, 
Jika Allah SWT mahu memberikan kebahagiaan, ia tidak dapat dihalang oleh mana-mana tangan sekalipun. Tetapi jika Allah SWT menghalang kebahagiaan kepada seseorang, maka ia tidak dapat dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun. 

Oleh itu, sentiasalah berhubung dengan-Nya dan berpeganglah dengan tali-Nya, agar kebahagiaan dan ketenangan sentiasa dihulurkan kepada kita. Biarpun manusia ramai melihat kita tiada apa-apa, sedangkan di dalam dada kita menggenggam sakinah...ketenangan. 

Allahu al-Musta`an..

5 comments:

Warisan Petani said...

Semoga kita sentiasa menggenggam erat tali ikatan Allah

Sura Mohd said...

Salam Jumaat.. sama-sama kita perkuatkan lagi tali ikatan dengan Allah.. semoga kita semua mendapat ketenangan .

norhidana said...

sama2 kita saling beringat ya... semuanya dari DIA

Nor Azimah Ali said...

Trmksih atas peringatannya. Bimbang jika kita putus dari rahmat Allah...

Sha Mohamed said...

Semoga kita semakin erat dan rapat dengan Allah.. Aamiin..

Post a Comment