Sudah seminggu menghidap selsema dan batuk yang mengokoh. Kata orang batuk dan selsema adalah dua serangkai yang tidak dapat dipisahkan. Jika batuk, tidak lama kemudian datanglah pula selsema. Benar sekali, tetapi selsema yang saya hidapi sudah pun sembuh sejak lima hari yang lalu. Hanya batuk yang masih belum berkurangan.
Siang atau malam apabila batuk datang menjengah, serta-merta mewujudkan kondisi yang sangat tidak selesa. Dan ketidakselesaan ini makin ketara tatkala berada di khalayak ramai. Justeru, mengobrol (berbual) dan bercanda sesama teman-teman pun sedikit terjejas.
Apabila tekak mula terasa miang meremut-remut, di waktu itulah terhambur batuk tanpa simpati sehingga bisa menegangkan urat perut dan leher. Aduh sungguh menyakitkan. Suara pula sudah bertukar menjadi ala-ala suara itik serati. Mujurlah bukan penagih candu (rokok), jika tidak tentu lebih sadis lagi halnya.
Sebenarnya, perkara biasa saya diserang batuk dalam 4 atau 5 bulan sekali, atau jangkamasa kurang daripada itu. Malahan perkara biasa juga saya menghidap batuk dalam jangkamasa yang agak lama. Pernah hampir dua bulan saya batuk-batuk, sehingga ditegur oleh sahabat-sahabat.
Saya memang malas ke klinik jika batuk tidak berapa kuat. Memadai hanya dengan mengamalkan madu lebah yang dicampur dengan perahan limau nipis. Ternyata saya selesa dengannya. Madu lebah memang diakui akan banyak kegunaannya di dalam bidang perubatan. Justeru, saya sentiasa memastikan stok madu lebah sentiasa tersedia di rumah. Kata orang "bersambung beli".
Stok madu diperolehi melalui sahabat-sahabat yang menjualnya. Saya tidak membeli sembarangan, terutama daripada orng yang tidak dikenali. Bukan apa, tidak kena gaya terbeli madu yang dicampur dengan air gula. Huh, taktik biasa menipu.
Sama juga dengan tempoyak yang dicampur dengan isi pisang.
Jika ke Chenor, saya membeli pula madu lebah dengan sahabat di sana. Salah seorangnya yang saya panggil Pak Din Chenor. Dia sendiri masuk ke hutan mencari madu lebah bersama beberapa orang lagi sahabatnya.
Jika ke Chenor, saya membeli pula madu lebah dengan sahabat di sana. Salah seorangnya yang saya panggil Pak Din Chenor. Dia sendiri masuk ke hutan mencari madu lebah bersama beberapa orang lagi sahabatnya.
Tetapi jika batuk yang agak teruk dan lama, saya pergi juga membuat pemeriksaan. Bimbang juga jika tersangkut penyakit lain. Alhamdulillah, setakat ini semuanya dalam keadaan baik.
Ujian-Nya
Ujian-Nya
Sesungguhnya sakit adalah di antara ujian Allah SWT kepada hamba-Nya. Apabila kita berdepan dengan ujian kesakitan ini, kita ada dua keadaan yang perlu dilakukan. Pertamanya, kita mesti berikhtiar mengubatinya. Jangan terbitkan rasa jemu dan berputus asa walaupun kesakitan itu mengambil masa yang lama untuk sembuh. Keduanya, disamping kita berikhtiar, kita mesti ada rasa menyerah sepenuhnya kepada Allah SWT. Kita amat memerlukan kekuatan emosi dan spiritual, semuanya adalah dengan merujuk kepada-Nya.
“Tidaklah mengenai akan seorang muslim daripada penyakit, kesusahan, penderitaan, dukacita, rasa sakit, termasuk duri yang mengenainya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian kesalahannya disebabkan kesusahan itu.” (Bukhari dan Muslim).
3 comments:
Asalam..banyakkan jg minum air suam..inshaAllah akan sembuh
Assalam
Mudah2an cepat sembuhnya
Saya kalo batuk yg masih awal, baru nak jadi tu, cukup dgn makan strepsil je, tapu kalo dah teruk tak jalanlah. Yg dahsyatnya masa solat, kadang dah rakaat akhir tak boleh tahan,gatalnya anak tekak ya Allah peliknya luar solat takde plak menjadi mcm tu.
Makan ubat batuk hurix pun ok, tak mengantuk dan tak lemah badan.
Post a Comment