Sahabat Sejati

Saturday 3 October 2015

Kuliah Maghrib 5 Okt 2015


Assalamualaikum warahmatullah.

Kepada semua yang berkelapangan khususnya warga Kuantan, dijemput untuk mengikuti kuliah maghrib yang akan disampaikan oleh pendakwah yang tidak asing lagi, al-Fadhil Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau yang juga merupakan mantan pensyarah kanan ITM (sekarang UiTM), sememangnya memiliki pendekatan dakwah yang sangat menarik.

Kuliah Maghrib ini akan diadakan pada 5 Oktober 2015 (Isnin), bertempat di Masjid  Khariah Kampung Cherating, Kuantan. Tidak sukar untuk mencari masjid ini kerana ia terletak di tepi jalan utama menuju ke Kemaman. Apatah lagi Cherating merupakan destinasi pelancongan yang amat dikenali di negeri Pahang.    

Jom datang beramai-ramai, semarakkan majlis ilmu!  

 Masjid Khariah, Kampung Cherating (sumber)




2 comments:

iryantyismail said...

Asalamualaikum saudara..selamat berhujung minggu

paridah said...

assalam..jom meramaikan majlis ilmu menadah ilmu drpd tuan guru berwibawa...

Post a Comment