Sahabat Sejati

Tuesday, 13 October 2015

Apakah makhluk halus seperti hantu, jembalang, toyol dan sebagainya benar-benar wujud?

Soalan:

Saya pernah mendengar pertengkaran yang hebat di antara seorang yang berpendidikan tinggi dari Barat dengan seorang yang berpendidikan agama, tentang kepercayaan kepada makhluk halus seperti hantu, jembalang, toyol dan sebagainya. Apakah makhluk ini benar-benar wujud. 

Masing-masing menegakkan hujah tanpa ada penyelesaian antara kedua-duanya. Apakah pandangan dan komen ustaz tentang perkara ini? 

Jawapan: 

Persoalan seperti yang saudara kemukakan ini memang sering berlaku kepada masyarakat yang mempunyai latarbelakang kehidupan yang berasaskan kepada kebendaan (material) khasnya pengetahuan dalam sains moden yang segala-galanya merujuk kepada keterangan nyata bahawa sesuatu itu wujud jika dapat dilihat atau dirasa untuk meyakinkan mereka, jika tidak berlakulah penafian yang mutlak. 

Persoalan ini merujuk kepada istilah, sama ada ia hantu, jembalang, toyol atau sebagainya. Saya cuba melihat perkara ini dengan lebih halus, dalam kamus Dewan yang menjadi rujukan kita sebagai contoh makhluk halus dirujuk sebagai hantu, bunian, jembalang, pontianak, langsuyar, pelesit dan sebagainya ruh jahat yang merasuk manusia dengan pelbagai kemudaratan yang menimpa manusia. 

Semua ini adalah istilah-istilah yang terkenal dalam budaya masyarakat Melayu. Bagaimanapun masyarakat lain seperti Arab, mereka menggunakan istilah seperti al-jinn, jinni, jinnah, syaitan, iblis, ifrit dan sebagainya. Dalam kamus Arab yang terkenal seperti Al-Munjid ada Lisanul Arab, Mukhtar Assahah dan lain-lain menyatakan erti bagi istilah tadi adalah bermaksud, ruh-ruh kotor atau jahat yang melakukan kejahatan secara tersembunyi dan menakutkan anak-anak Adam berbagai-bagai cara. 

Kedua-dua kamus Dewan dan Arab ini merujuk kepada istilah yang sama. Nama-nama yang terkenal dalam masyarakat Melayu tersebut sama dengan masyarakat Arab. Iaitu suatu makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, ataupun ia hanya boleh dilihat dalam keadaan tertentu sahaja. 

Kalau kita lihat kepada al-Quran Karim dan hadis-hadis Nabi Muhammad saw, kita akan menemui istilah yang sama. 

Al-Quran menyebut syaitan atau syayateen, jin atau jinnah, qareen, iblis, ifrit dan sebagainya. Dalam hadis yang sahih kita akan berjumpa dengan istilah Ummu Sibyan, Khinzab, Aamir, Ammar, Alwalahan, Mukhannas dan Mukhannathuun. Semua istilah ini sama ada dalam al-Quran dan hadis merujuk kepada wujudnya makhluk-makhluk halus ataupun ruh-ruh jahat yang menganggu manusia dengan berbagai-bagai cara. 

Malah dalam satu ayat Quran, begitu jelas Allah menyebut, misalnya dalam Surah al-Ahqaf, ayat 29, Allah berfirman yang mafhum: "Ketika Kami (Allah) menghadapkan kepada kamu (wahai Muhammad) beberapa jin untuk mendengar al-Quran pada Surah al-Jin." 

Disebutkan juga dalam hadis yang sahih bahawa Rasulullah saw telah bertemu dengan masyarakat jin untuk menjelaskan ayat-ayat al-Quran dan hadis Ibnu Abi Hatib, dari Mujahid bahawa Nabi saw pergi bertemu dengan masyarakat jin untuk berdakwah. 

Oleh yang demikian memang wujud dan wajib dipercayai ia benar-benar wujud. Pada pandangan saya yang membezakan hanyalah pada istilah atau terjemahannya sahaja, walhal ianya adalah makhluk yang sama. 

Sama ada ia hantu, jembalang, jin tanah, pelesit, bunian dan sebagainya adalah makhluk halus yang wajib dipercayai wujudnya sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran. 

Tidak mempercayai ayat al-Quran boleh membawa kepada kerosakan aqidah. Wallahu a'lam. 

Sumber: Bersama Dato Dr Harun Din

9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Betul jika ianya sudah termaktub di dalam Al-Quran mengapa mahu ditidakkan. Cuma kita ni sebut hantulah, toyol dsb tapi dlm Al-Quran jin dan syaitan banyak di ulang-ulang.

Macam kes terbaru anak org asli yg hilang tu logik akal bayangkan AI mereka cuma lebih kurang 500 mtr aje dari asrama mereka. Semalam masa ditemuramah dia kata dia jerit minta tolong bila nampak helikopter tapi org tak nampak mereka. Ramai-ramai yg mencari boleh satu pun tak nampak. Cuba kita fikir... wallahualam..

saniahibrahim said...

Terimakasih share entry yg menarik ni..

saniahibrahim said...

Terimakasih share entry yg menarik ni..

Normala Saad said...

..kalau dah terkena pada diri sendiri baru nak percaya makhluk tu ada...

abuikhwan said...

Salam kakzakie,
Betul, toyol, pontianak dsbnya, adalah istilah orang melayu sedangkan ianya dari kalangan jin dan syaitan...
Mengenai kes kanak-kanak orang asal, memang pelik ceritanya, wallahua`lam

abuikhwan said...

Salam kak saniah,
Mudah-mudahan bermanfaat

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat kerja2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy,memasang tile,siling kapur,sambung rumah,buat pagar,grill dan owning,wayaring,plumbing,waterprofing,vinyl floor dan wall paper,landskap dan kolam ikan(simen ferro).terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,sepang,nilai,cheras,pucong,dan kl.hubungi sy d no 192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat kerja2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy,memasang tile,siling kapur,sambung rumah,buat pagar,grill dan owning,wayaring,plumbing,waterprofing,vinyl floor dan wall paper,landskap dan kolam ikan(simen ferro).terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,sepang,nilai,cheras,pucong,dan kl.hubungi sy d no 192945175 or wssp sy 01129110298 (amir)

iryantyismail said...

aslamualaikum saudara...bagaimana pula yang jenis terlalu taksub dengan perkara perkara halus ni...bagi yan cukup sekadar tahu..

Post a Comment