foto hiasan (sumber)
Assalamualaikum warahmatullah dan salam Ramadhan.
Alhamdulillah bertemu lagi di laman sesawang ini. Sudah beberapa hari saya tidak menjenguk ke pondok kecil abuikhwan. Kalau dulu saya berazam untuk sentiasa mengunjunginya dan mencoretkan sesuatu di dalamnya. Tetapi dek kesibukan yang menjadi alasan akhirnya azam tinggal azam. Sementelah pula di bulan Ramadhan, hmm.. cepatnya masa menghambat. Harap-harap jangan bersawang sudahlah.
Dulu saya pernah menulis, saya mula memasuki dunia blog ini dengan ketakutan untuk gagal mencoretkan sesuatu di dalamnya. Saya tahu pengunjung yang datang akan merasa kecewa jika saya gagal memberikan coretan yang baru. Apatah lagi jika jarak masa di antara entry bersenggang terlalu lama. Ia benar-benar mencabar.
Saya pernah membaca satu catatan tepi di dalam sebuah blog, yang mana pemiliknya mengatakan jika dia tidak meng’update’ blognya lebih daripada enam bulan, itu bermakna dia telah meninggal dunia. Rasanya perlu juga saya nukilkan sedemikian.
Setiap hari di bulan Ramadhan adalah perjalanan masa yang amat menyeronokkan. Sememangnya ia sentiasa menyegarkan diri dengan keazaman dan rasa syukur yang diimpikan oleh setiap yang bergelar Muslim. Kita sentiasa menginginkan kekuatan untuk menutup kelemahan dan kesilapan yang bergayutan pada diri. Kita hanyalah hamba yang lemah, sangat lemah walau siapa pun kita. Lalu, Allah SWT dengan rahmat-Nya menganugerahkan Ramadhan agar kita membersihkan diri kembali kepada fitrah. Allah memuliakan Ramadhan untuk kita. Maka, dakapilah ia dan rasai manisnya. Mudah-mudahan sebulan Ramadhan yang dilalui mampu membersihkan kesilapan yang lalu. Insya-Allah
Kehidupan adalah anugerah Tuhan yang penuh dengan ujian-abuikhwan
2 comments:
celoteh tanpa tajuk best juga bebas bersuara apa saja...
Bebas bersuara apa sahaja hmm...mudahan ada teladan di dalamnya..
Post a Comment