Alhamdulillah, buku yang telah saya 'order' melalui online telah pun sampai. Terima kasih kepada 'brader' posmen yang menghantarnya. Teruja dan bersemangat untuk menatapi isinya.
Pada mulanya saya mahu membeli 7 buah buku iaitu:
1 - Institusi Bendahara: Permata Melayu Yang Hilang
2 - Melayu Islam Beraja: Menggali Hakikat Leluhur
3 - Mencari Sejarah: Tun Mutahir Tun Ali Bendahara Seri Maharaja Pahang (1857-1863M)
4 - Tun Habib Abdul Majid: Bendahara Johor Putera Acheh dan Zuriyyah Rasulullah saw
5 - Menjejak Warisan Melayu Islam Beraja
6 - Tun Seri Lanang: Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu Tradisional
7 - Perang Bendahara Pahang 1857 – 63: Pensejarahan Semula Menelusi Peranan Inggeris

Penulis buku-buku ini ialah (tun) Suzana (tun) Hj Othman. Beliau adalah anak ketiga kepada pasangan penghibur 60-an iaitu al-Marhum Hj Othman atau Hj M. Osman dan ibunya Hjh Moliana Afida. Maknanya (tun) Suzana adalah adik-beradik dengan sutradara tersohor Aziz M.Osman.

Kalau begitu, kenapa waris keluarganya tidak memerintah Negeri Pahang sekarang? Ada kisahnya, tetapi saya tidak berhasrat mahu mencoretkannya di sini. Godek-godeklah di internet, carilah di laman-laman web yang berkaitan, anda akan bertemu sebabnya. Apa pun, semuanya sudah berlalu dan telah menjadi sejarah.
Saya pula tidak sabar-sabar mahu menikmati santapan minda ini. Insya-Allah jika tiada aral akan saya coretkan ringkasan buku ini.
1 comments:
Katakan Perang Saudara Pahang pada akhir abad ke-19 tidak belaku, berdasarkan lineage yang ditulis dalam buku tersebut, nampaknya Sultan Pahang yang patut merajaai kita sekarang adalah pengarah filem (Tun) Aziz M Osman, iaitu abang kepada Tun Suzana penulis buku ini. Menarik untuk difikirkan..
Post a Comment