Sahabat Sejati

Tuesday, 20 August 2013

Bicara Santai: Doakan Mesir!

Alhamdulillah, puji-pujian yang sebanyaknya untuk tuan empunya dunia atas segala nikmat yang diberi.

Demam yang saya hidapi sudah menunjukkan tanda-tanda mahu sembuh. Cuma badan sahaja terasa sedikit letih dan lesu, maklumlah lama sangat berehat, makan dan tidur sahaja dalam masa cuti sakit. Di tempat kerja pun tidak banyak tugas yang saya lakukan, kalau ada pun kerja-kerja yang ringan sahaja. Itupun Ketua Jabatan saya meminta supaya menyambung lagi cuti sehingga betul-betul sihat.

Rata-rata ketika ini ramai orang bercakap mengenai pembunuhan kejam regim tentera ke atas rakyat Mesir. Di tempat kerja saya, rakan-rakan pun sama rancak bercakap mengenainya. Tidak tahulah jika ada yang tidak mahu ambil tahu dengan alasan yang berbagai-bagai. Paling ‘koman’ pun alasan, “alahh kat Mesir bukan di sini, tak payah nak sibuk-sibuk la...”

Memang hati terlalu kering!

Rabu, 14 Ogos 2013 bersamaan 7 Syawal 1434H, menjadi tarikh yang mencatat sejarah Mesir, bukan kerana ia menghadapi musuh Islam dari luar tetapi dilakukan oleh anak didik musuh Islam yang sanggup menumpahkan darah warganya semata-mata mahu mencapai impiannya.


Jeneral Abdel Fattah as-Sisi (semoga Allah membalas kejahatannya) adalah individu yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan mencetuskan tragedi pembantaian terhadap penyokong mantan Presiden yang sah, Dr Mohamad Morsi di Medan Raba`ah Adawiyah dan an-Nadhah.

Tindakan gila!

Mana tidak gila, pihak keselamatan iaitu polis dan tentera saling bergabung untuk membunuh para penyokong Dr Morsi. Selain itu, mereka memutuskan kemudahan elektrik, mengebom masjid dan membakar hospital yang mana terdapat ramai pesakit serta jenazah di dalamnya. Ini bertujuan untuk melupuskan bukti pembunuhan.

Tentera juga turut menggunakan jentolak dan kereta perisai merobohkan khemah-khemah penyokong Dr Morsi yang didirkan di medan Raba`ah. Malah ada di antara khemah yang dibakar oleh pihak tentera dalam keadaan ada dikalangan penyokong khususnya kanak-kanak dan wanita masih berlindung di dalamnya. Langsung tiada perikemanusiaan. Kalau sudah tidak bertamadun maka selayaknya digelar binatang!

Siapa pula yang untung dengan keadaan yang berlaku ini? Sudah tentu jawapannya ialah Israel dan sekutunya. Benar, mereka tidak perlu menggunakan senjata mereka untuk memerangi umat Islam kerana ianya telah dilakukan oleh mereka yang mengaku Islam. Bahkan ketika dunia sibuk dengan apa yang berlaku di Mesir, mereka membantai pula umat Islam di Gaza. Seolah-olah ia adalah perancangan untuk memalingkan pandangan umat Islam daripada isu Palestin yang tidak pernah selesai.

**Marilah kita terus bermunajat memohon kepada Allah SWT supaya kezaliman dihancurkan dan keamanan dikembalikan dalam konflik di Mesir ini...

4 comments:

Liza Aryanna Izaara said...

salam, nak ulas ni hehe.. kadang2 x faham lah sbb drg buat smua tu sebab nak hapus bukti.. tapi 1 dunia tahu apa yang drg buat tu...tidakkah itu 1 tindakan yg bodoh kan??
kedua,ada terbaca drg kata nak musnahkan Mekah..sombong sungguh mereka dgn kata-kata mereka. Sehingga mereka lupa bahawa Mekah itu adalah tanah suci kita. Mana mungkin drg boleh lepas ke sana apatah lg mahu menghancurkan mekah. Allahuakhbar

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb Abu Ikhwan...

Didoakan segera sembuh dan setiap penyakit itu ada ujian kesyukuran atas nikmat sihat yang lebih panjang diberikan kepada kita.

Selain itu juga buat menghapus dosa jika bersabar dan tidak berkeluh kesah menghadapinya. Aalhamdulillah. Mudahnya Allah hendak membuang dosa kita, kan.

Tentang tragedi di Mesir memang sangat menakutkan. Saya rasa gerun sekali melihat foto di atas. Mudahnya nyawa melayang seolah-olah tidak bernilai lagi.

Ternyata kini sedang berlaku perang saudara sesama Islam. Untungnya Israel dan sekutunya yang bertepuk tangan dan ketawa dengan aksi bodoh umat islam yang tidak menggunakan akal dan ilmu untuk menyelesaikan masalahnya.

Pihak yang dijadikan boneka hanya mengikut telunjuk kerana pasti "ada hutang" yang tidak kita ketahui sehingga sanggup membunuh saudara seagama dan sebangsa.

Jika keadaan Mesir berlarutan, saya yakin pintu buat Amerika memasuki Mesir atas alasan menegakkan keadilan rakyat terbentang luas. maka terjajahlah bumi Mesir, bumi para Anbiya dan dibuka semula oleh sahabat Rasulullah SAW, Saidina Amru bin 'Ash.

Dimanakah suara OIC yang menjadi tunjang kekuatan dan perpaduan umat Islam ? Dimanakah pula pejuang jihad dari seluruh negara Islam di muka bumi ini untuk mempertahanlan saudara mereka ?

Masya Allah, benarlah kata Rasulullah SAW bahawa umat Islam akhr zaman nanti seumpama buih dilautan, banyak tetapi lemah.

marilah kita sama-sama berdoa agar ada pertolongan Allah SWT buat mengakhirkan kemelut perang saudara di bumi Mesir dan doa buat yang tewas dek angkara nafsu dan khianat setan ini. semoga usaha mereka mempertahankan agama dan negara diredhai Allah SWT. Aamiin.

Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak.
SITI FATIMAH AHMAD

abuikhwan said...

Entahlah, kdg2 ada org yg merasakn diri mrk cerdik tetapi dlm masa yg sama apa yg mrk lakukan mennjukkan mrk sebenrnya tidak cerdik. Yg kedua tu saya
belum dgr lg mengenainya. Kalaulah betul mrk mahu mengambil tindakan begitu...nmpaknya tindakan bodoh kali kedua yg nak dilakukan...

apa pun sentiasa brdoa agar mesir kembali aman dan pemerintahan kembali diberikan kepada yg hak yg tlh dipilih oleh rakyat...

abuikhwan said...

Salam umi...

Benar apa yg umi coretkan..bagaikan tidak percaya dgn apa yg berlaku di mesir. Ini membuktikan bahawa musuh islam tidak akan berdiam diri dan sentiasa mencari jln utk memadamkan cahaya islam drp menyinari bumi ini.

Apa yg amat di kesalkan ialah musuh islam bukan hanya terdiri drp bukan islam, malahan ada org islam sendiri yg menjadi musuh utama kpd org islam. Inilah boneka yg sebenar-benarnya.

Semoga Allah memberikan kemenangan kpd umat islam bukan shj d mesir malahan di seluruh alam ini....

Post a Comment