Sahabat Sejati

Thursday 29 August 2013

Bicara santai: Bijak dan jujur, hmmm...


"Bijak tetapi tidak jujur menipu, jujur tetapi tidak bijak ditipu..."

Sebaris ungkapan yang meluncur keluar dari corong radio mengetuk minda saya. Termenung saya seketika pada petang itu, berfikir dan mencari-cari hikmah yang terselit disebaliknya. 

Bijak dan jujur adalah dua sifat yang amat penting dan berkait rapat. Semestinya ia perlu wujud di dalam jiwa orang-orang mukmin. Tidak keterlaluan dikatakan keduanya merupakan gandingan penyatuan yang saling lengkap-melengkapi.

Orang yang jujur tetapi tidak bijak, maka nilai manfaatnya tidak seberapa. Malahan tidak mustahil ia senang ditipu dan diperdaya. Dia juga tidak mampu menjadi pemimpin, kerana banyak kesulitan yang akan timbul nanti. Bagaimana ia mahu memimpin jika hanya berbekalkan kejujuran sedangkan akalnya lemah. tentu ia senang ditipu, diperdaya, dipengaruhi atau diambil kesempatan oleh orang lain yang mempunyai kepentingan sendiri.

Sebaliknya, orang yang bijak tetapi tidak jujur pasti akan memudaratkan dunia. Boleh sahaja dengan kebijakannya akan diguna untuk menipu, memusnahkan, merosakkan dan memporak-perandakan sesuatu keadaan. Tentunya bermacam-macam masalah yang akan timbul hasil dari bijak tetapi tiada kejujuran di dalam dirinya.  Tidak kira sesiapa sahaja yang mempunyai sifat ini pasti akan memudaratkan orang lain.

Kita boleh melihat senario yang berlaku pada hari ini. Dunia yang sarat dengan peperangan, permusuhan, penindasan, pertelingkahan dan sebagainya.  Tidakkah boleh kita katakan ia berlaku hasil daripada tangan-tangan manusia yang bijak pandai tetapi tidak benar jiwa dan fikirannya serta kosong kejujurannya dalam nurani kemanusiaan.

Saya terfikirkan sesuatu...

Mungkin apa yang berlaku di Mesir ketika ini adalah hasil daripada kerakusan tangan-tangan yang bijak dan cerdik pandai  tetapi tidak jujur?

Mungkinkah...   

2 comments:

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Abu Ikhwan....

Awalnya saya bingung memikirkan kata-kata

"Bijak tetapi tidak jujur menipu, jujur tetapi tidak bijak ditipu..."

Alhamdulillah, setelah membaca lanjut tulisan Abu Ikhwan penjelasannya sangat mudah difahami dan mencerahkan hati.

Sukar juga mahu mengatakan kita ini orang bijak atau sudah jujur dalam keadaan tertentu hidup kita.

Kerana kadang kala kita juga termasuk dalam golongan bijak tetapi mudah juga di tipu oleh mereka yang bijak menipu dan tidak selalu jujur.

Iyalah... kan orang menipu ini tentulah orang bijak. Kalau tidak, mana kan mereka mempunyai perancangan yang hebat untuk menipu orang lain selain kejujuran sudah larut dalam kejahatan akal mereka.

Saya setuju, apa yang berlaku di Mesir masa kini adalah rencana orang bijak dan mengambil kesempatan dengan tidak jujur kepada amanah yang diberikan. Semoga kita terpelihara dari tidak bijak dan tidak jujur.

Terima kasih telah mengembangkan minda untuk memikirkan baik buruk sifat ini yang tentunya tidak lari sebagai sifat mazmumah manusia.

Saya suka membaca setiap tulisan Abu Ikhwan yang ringan, bahasa mudah, santai dan membuka hati untuk menyelami segala hikmah di sekeliling kita. Semoga diganjari Allah SWT atas setiap nukilan yang baik.

Salam ukhuwwah dan hormat takzim dari Sarikei, Sarawak. :D

SITI FATIMAH AHMAD

abuikhwan said...

Salam umi, trima kasih atas kunjungan.

Membaca komentar umi menyebabkan kelu utk membalas komentar tersebut krn amat mencerahkan persis sebuah entry. Mudah2an kita semua sentiasa di aras petunjuk-Nya yg maha benar itu.

Post a Comment