Sahabat Sejati

Wednesday, 18 April 2012

Bicara santai: Seekor nyamuk...


Aku dikejutkan pada malam yang lewat,
Oleh seekor nyamuk yang melagukan suara membingitkan,
Ketika itu aku kelenaan enak beradu,
Hampir aku keradang kepanasan, mudah terhambur mulut memencak nista.

Astghfirullah!!! Tiba-tiba aku tersentak, suara hati melintasi benak yang terjaga,
Oh, bukankah itu tanda sang nyamuk mahu mengejutkanmu,
Biarlah dinihari yang sunyi diisi dengan rintihan dan munajat,
Rupa-rupanya sang nyamuk sedang menghantar kasih sayang Tuhanmu,
Agar kau buktikan pula cinta dan kasih sayang pada-Nya.

Wahai insan, lemahnya dirimu pada seekor nyamuk,
Ia masih gagah terbang mencari habuan rezeki di malam sepi,
Tetapi dirimu telahpun terkulai di bawah selimut tebal,
Bagaikan merasa cukup apa yang mahu dibawa ke sana nanti.

Terima kasih sang nyamuk,
Dek bebelanmu yang mengganggu telinga, rupanya terkandung anugerah yang tidak ternilai,
Sedangkan semua itu tidak mampu kufikir dengan akal yang dangkal ini...

“Dan barangsiapa yang mensucikan dirinya, sesungguhnya ia mensucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allah jualah tempat kembali. Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat. Dan tidak (pula) sama gelap gelita dengan cahaya. Dan tidak (pula) sama yang teduh dengan yang panas. Dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati...” (al-Fathir: 18-22) 

Ya Allah, berilah rahmat kebaikan-Mu kepada kami semua...

4 comments:

mamawana said...

Nyanyian sang nyamuk ku iringi dgn tepukan demi tepukan bunohan. walau seekur yg terbang atau seekur jejentik yg mengeliat tetap u bunoh.... No compromise.

abuikhwan said...

yup! betul2 setuju, no compromise...
Sebenarnya saya hanya mahu mengungkapkan ibrah pda sesuatu yang tersurat. Lantas menambah keyakinan bahawa tiada yang sia-sia disebalik ciptaan-Nya.

Rintihan HambaMu said...

Allah..terkesan di hati..
inilah mujahadah.
nak bngun merintih kpd-Nya.

Anonymous said...

muhasabah kembali..

Post a Comment