"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar di dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (al-`Asr: 1-3)
Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim dari Amru bin Maimun ra. bahawa suatu hari Rasulullah saw telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud: "Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit,masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian."
Ingatan bersama.....
2 comments:
Sesungguhnya masa itu amat berharga dan tidak ternilai.... maka sama-samalah kita menghargai masa-masa yang telah Allah berikan kepada kita...
alhamdulillah..salam pagi Isnin.Demi masa manusia terleka...terlalu banyak lakonan di pentas dunia yang perlu dihabiskan wataknya hingga terlupa pentas sebenar di 'sana'.terima kasih kerana sahabat tidak jemu2 mengisikan ilmu untuk santapan rohani kami....
Post a Comment