Sahabat Sejati

Tuesday 12 October 2010

ENGKAU MEMANG CANTIK


Kecantikan berada di mana-mana.

Sesungguhnya kita sering mendengar bahawa kecantikan itu adalah sesuatu yang terlalu subjektif sifatnya. Ia tertakluk kepada pandangan penilainya, tetapi selaku seorang mukmin, kita harus memaksa diri sendiri untuk terus dan sentiasa percaya bahawa pada akhirnya piawai mutlak ukuran kecantikan itu berada di neraca Allah SWT. Jika cantik itu dibiarkan bebas untuk menjadi bahan penilaian mengikut pandangan akal semata-mata, maka tentu akan binasa dan porak peranda.

Analogi yang mudah, walau secantik manapun botol minuman alkohol itu, tetapi sebaik-baik ia digunakan untuk mengisi arak maka tetaplah ia hodoh. Demikian juga sebaliknya jika botol yang sederhana, tetapi diisi oleh minyak atar, maka ia tetap indah seindah wangian yang dituang ke dalamnya.

Sesungguhnya kebenaran itu adalah dari al-Quran. Kebenaran itulah juga yang menjadi ukuran bagi menentukan kecantikan. Bukanlah kecantikan namanya biarpun seindah mana seseorang dari segi fizik jika dia membelakangi kebenaran yang didatangi oleh Allah. Pedoman hidup yang telah di atur dan ditetapkan oleh Allah dalam pelbagai segi; itulah paksi dan formula sebenar tempat terpacarnya nur kecantikan. Puteri Balqis sebelum Islam tetap tidak cantik walaupun dia kemilau berbusana dalam seribu jauhar keindahan. Selagi dia tidak tunduk kepada ajaran tauhid anutan Nabi Allah Sulaiman as, dia tetap jelek. Bahkan dia kontra kecantikan.

Sesungguhnya, Islam ini satu set ajaran dan peraturan Ilahi yang serba lengkap. Sentiasa berada di tengah dan sederhana, ia menjadi pembeza antara yang hak dan yang bathil. Hak itulah kemuncak keindahan dan bathil itulah kegelapan yang sehabis gelita. Dengan syariat Islam, hak menyuluh kejelekan kepada jalan cahaya yang penuh kecantikan bernama kebenaran.

Tajuk buku : Engkau Memang cantik
Penulis : Burhan Sodiq
Penerbit : KEMILAU PUBLIKA Sdn Bhd
Harga : SM Rm15.00 / SS Rm18.00
M/S : 156

ENGKAU MEMANG CANTIK, adalah sebuah buku yang meletakkan cawan di atas piring dan mengembalikan sirih pada gagangnya. Ia seakan tampil untuk memujuk gadis solehah yang diganggu dan digugat kepercayaannya terhadap Islam.

ENGKAU MEMANG CANTIK, datang untuk merayu mana-mana gadis mukmin agar redha menerima pilihan jalan hidup yang pernah diambil diawal kesedaran dahulu. Biarpun mungkin berbeza dari kehendak dan jalan hidup rata-rata “manusia dunia” yang memuja material di sekelilingnya, namun gadis mukmin perlu tabah mengimani apa yang sedang atau pernah menjadi pegangan dan pendiriannya.

ENGKAU MEMANG CANTIK, mengeluarkan semekar bunga kecantikan dari pasu kehidupan asal untuk didefinisikan semula maksud kecantikannya itu berasakan roh Islam. Jika gadis muslimah itu tumbuh dari subur keimanan, dia tidak perlu bimbang. Walau sekerdil mana tubuh tempat tumbuhnya dan diganggu oleh pukulan badai saban waktu, namun ia tetap utuh dan memberi teduhan redup, sejak pagi hari pertama.

ENGKAU MEMANG CANTIK, terbahagi kepada empat bab utama dan dipecahkan pula kepada tajuk-tajuk kecil:

1 : Manusia Indah Bernama Muslimah!

2 : Lalu Aku Harus Bagaimana?

3 : Engkau memang Cantik!

4 : Negative Thinking, No Way!

ENGKAU MEMANG CANTIK, buku yang menyentuh topik kecantikan; banyak memuji sekaligus menguji, khususnya setiap wanita telah siap dikarang. Ia kini terletak di atas meja. Diadun dengan tekun, cukup selektif. Penulisnya mengangkat hanya yang terbaik sahaja dari bahan yang dianalisa. Selamat membaca!

“Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Yunus: 26)

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu!

1 comments:

||aLeaSaRa|| said...

slm sggh support buku2 di sini ngeee....wah kite nak carilah buku ni.mmg semua kaum wanita perlu ada buku ni utk kembali merenung diri apakah erti kecantikan yg sebenarnya?

p/s:terima kasih ye sahabat sbb masih sudi sggh ke blog wpun blog kite ada malware.sepanjang 5 bulan blogging ini 1st kena.tak tau nak buat macam mana lagi dah,kwn2 mmg ramaai yg bantu dan beri idea.kalau buka blog kite guna google still ada warning.tapi buka pakai mozilla elok pulak adusshhh.kalaau sahabat tau caranya tlg ye bthu tqvm.....

Post a Comment