Sekadar satu analogi.
Padang ragut yang luas terbentang, nun menghijau saujana mata memandang. Seekor lembu yang melihatnya pasti akan merasa ghairah kerana fitrahnya lembu makan rumput. Itu tidak dapat dinafikan. Bagaimana pula jika seekor lembu yang melihat rumput namun ia melihat seperti melihat pasir sahaja, tiada rasa ghairah, tiada rasa bernafsu untuk meragutnya.
Tetapi apabila kita berjalan sambil membawa sebiji burger di tangan, tiba-tiba lembu tersebut mengejar kita kerana terliur dengan burger yang kita bawa. Apa yang ada di fikiran kita. Pasti kita akan terfikir yang lembu ini sedang sakit atau ada yang tak kena dengannya.
Mungkin kita akan berkata, “pelik betul lembu ni, buang tabiat agaknya.”
Atau begini, “lembu ni tertelan pil kuda ke?”
Masa tu mungkin kita dah boleh mengasah parang, menyiapkan kerisik, menjemput saudara mara dan sebagainya.
Merenung sejenak
Bagaimana pula dengan seorang Islam yang I.C-nya tertulis agama Islam tetapi tidak ada rasa ghairah dengan peraturan Islam. Tiada perasaan bangga untuk menyambut perayaan Islam. Seperti Maulid ar-Rasul, Isra` dan Mi`raj, Nuzul Quran, Ma`al Hijrah dan sebagainya. Kata anak muda zaman sekarang “kita buat poyo sahaja.”
Tetapi jika ada perayaan atau sambutan yang bukan dari Islam, langsung tidak ada kena mengena dengan Islam. Tiba-tiba kita rasa ghairah, hati rasa suka, bangga dan kembang berbunga. Kenapa? Mungkin ada yang tidak kena dalam diri kita. Keliru? Ataupun kita sedang menghadapi penyakit yang agak kritikal. Mungkin.
Inilah yang berlaku di zaman ini. Berapa ramai yang mengaku Islam tetapi ghairah menyambut hari yang bukan kebesaran Islam.
Contohnya Tahun Baru Masehi, maka berkumpullah beramai-ramai untuk mengira detik 12 malam. 5..4..3..2..1........bomm!! Gegak gempita, pesta pun bermula.
Hari Valentine, maka berpusu-pusu uda dan dara membeli bunga untuk kekasih. Aku cinta padamu, lautan api sanggup kurenangi, inikan pula sekuntum bunga. Tuan punya kedai bunga tersenyum lebar hingga ke telinga.
“Kalaulah Hari Valentine hari-hari kan bagus, pakcik kayoo....”mungkin itu bahasanya.
Dan yang baru berlalu April Fool`s Day. Hari memperbodohkan orang lain. Kita bangga dapat memperbodohkan orang lain, tetapi dalam masa yang sama kita tidak menyedari bahawa kita pun bodoh sama. Maaf, mungkin kasar bahasanya. Tetapi itulah hakikat yang harus di telan. Walaupun pahit tetapi mudah-mudahan yang pahit itulah ubatnya.
Pernahkah kita menyelidiki atau mengambil tahu asal usul sambutan ‘April Bodoh’ ini? Mungkin tidak, jika kita tahu sudah pasti kita tidak akan menyambutnya. Habis kalau sambut juga, maknanya kita memang degil, telinga dah tersumbat lantas nafsu menguasai diri.
“Aku punya pasallah, apa korang peduli...”
Sejarah April Fool
April Fool`s Day dipercayai mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah pemerintahan Islam mencapai kegemilangan berkurun-kurun di Kota Granada, akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di situ. Maka bermula teknik dusta kaum Kristian apabila memberitahu umat Islam bahawa mereka dibenarkan belayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama harta benda menggunakan kapal-kapal di pelabuhan.
Orang-orang Islam yang risau dengan tawaran itu telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan, setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokkan harinya iaitu 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada waktu itu tentera Kristian menggeledah kediaman umat Islam dan kemudian membakarnya. Dalam masa yang sama kapal-kapal yang berada di pelabuhan turut dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslimin dan membunuh kesemuanya lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian saban tahun diseluruh dunia. Tragisnya, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut sama meraikan April Fool`s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya meraikan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara yang seaqidah dengan mereka.
Sungguh menyayat hati apabila kita mendengar catatan sejarah ini. Bagaimanakah perasaan mereka yang terbunuh dalam peristiwa ini andainya mereka diberi peluang oleh Allah SWT untuk hidup sebentar melihat apa yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam yang jahil tentang sejarahnya sendiri?
Kematian mereka bukannya diterima dengan penuh kesedihan, sebaliknya disambut dengan kemeriahan seolah-olah mereka juga sebahagian dari tentera salib yang bertanggungjawab membunuh sejumlah besar umat Islam di Sepanyol suatu ketika dahulu. Adakah kematian saudara seagama kita selayaknya disambut dengan ketawa riang? Tentunya ia suatu kebiadaban yang tidak boleh diterima akal waras. Hati yang sensitif dan dibajai iman tentu sama sekali tidak dapat menerima kebodohan dan kebiadaban tersebut. (Haluan)
Kembali menginsafi diri

“Dan sesiapa di dunia ini buta (mata hatinya), maka ia diakhirat akan lebih buta lagi dan lebih sesat lagi jalannya.” (Al-Israa`:72).
Justeru, celikkan mata, lapangkan dada. Marilah kita sama-sama memikirkan segala perbuatan kita, percakapan kita yang dinisbahkan sekadar gurauan ‘April Fool’ adakah ia selari dengan perintah agama. Adakah ia dapat memberi manfaat serta dapat membina jati diri umat Islam. Jika tidak tinggalkanlah. Sesungguhnya apa yang terbaik bagi kita adalah meninggalkan segala yang sia-sia.
Ingatlah, ‘April Fool’ ini hanyalah sambutan untuk mereka yang ‘fool’ sahaja. Jadi janganlah kita meng’fool’kan diri kita, walaupun pada sangkaan kita telah meng’fool’kan orang lain. Tepuk dada tanya iman.
“Katakanlah! Sesungguhnya yang mengada-adakan dusta terhadap Allah tidak akan berjaya.” (Yunus: 69).
Anda mampu mengubahnya!

0 comments:
Post a Comment