“Anta temankan ana tidur di Pusat Tarbiah hari Sabtu ni, boleh?” Tanya sahabat saya.
“Kenapa?” Saya bertanya kembali.
“Kan program mula awal pagi, ana takut terlewat,” katanya lagi, lantas mengingatkan saya akan tempat tinggalnya yang agak jauh dengan tempat kursus itu diadakan.
“Anta tidurlah sorang-sorang, apa salahnya,” saya menjawab.
“Ana sebenarnya bukan berani sangat tidur sorang-sorang ni. sunyi pulak tu. Jawabnya. “Hish...seram, ana dah kena dulu.”
Hampir tergelak saya mendengarnya.
“Penakut juga rupanya, harapkan badan saja yang besar,” saya berkata di dalam hati. Lucu rasanya.
“Ohh... ‘dia’ nak bergurau tu, maklumlah anta kan komander, mesti ‘dia’ nak berkawan dengan seorang mujahid, lagipun yang ada kat sini semuanya yang baik-baik belaka,” saya menyakatnya lagi.
“Anta jangan cakap macam tu, nanti anta kena baru tau,” balasnya pula.
“Ha...ha...ha...” saya ketawa, gelihati dengan gelagatnya.
Sungguh mesra persahabatan kami, sikapnya yang tidak mudah ‘terasa’ serta ringan tulang menyebabkannya mudah mendapat kawan. Lebih-lebih lagi kami sama-sama dalam pasukan JAIM.
Biarpun masa telah berubah, zaman IT maklumat dihujung jari, tetapi ‘selera’ saya tetap sama. Jika ada cerita seram yang ditayangkan di televisyen, saya tidak akan melepaskan peluang untuk menontonnya. Tidak kira cerita hantu melayu, cina, inggeris dan sebagainya. Namun saya bukan sekadar menonton untuk mengisi keseronokkan semata-mata, tetapi menonton serta berfikir tentang logik dan rasional. Seiring dengan usia berfikir.
Selain beberapa koleksi filem seram yang saya miliki, saya juga mempunyai beberapa koleksi buku-buku cerita seram yang ditulis oleh penulis yang saya kira agak baik penulisannya, seperti Tok Awang Ngah, Tamar Jalis serta Alang Bumin. Sehingga kini ianya masih dalam keadaan baik di dalam simpanan saya. Saya berhasrat untuk menambah lagi koleksi tersebut. Mungkin ada sahabat yang ingin menjualnya...
Kebelakangan ini televisyen kita banyak memaparkan cerita-cerita seram. Lepas satu cerita bertukar cerita yang lain. Diantaranya Puaka Niyang Rapik, Bilik No 13, Penunggu Gunung Raya, Jangan Pandang Belakang dan sebagainya. Namun, apa yang saya perhatikan, kebanyakannya mempunyai jalan cerita yang hampir sama. Ada hantu yang membalas dendam kerana dirinya dianiaya dan dibunuh oleh penjahat. Lalu mati menjadi hantu dan mencari pembunuh dirinya. Setelah misinya berjaya ‘dia’ dihantar pulang oleh ustaz. Tugas ustaz atau orang agama di akhir zaman, selain tahlil, talkin dan doa selamat.
Kadang-kadang kita rasa pelik, waktu malam mesti banyak asap. Berkepul-kepul. Entah dari mana datangnya. Kemudian dalam rumah mesti kelam dan suram tiada cahaya lampu dan tingkap mesti terbuka. Takkan tidur pun tak tutup tingkap. Tak logik rasanya. Hantu mesti di segenap penjuru, berpaling ke kanan ada hantu, ke kiri ada hantu, kadang-kadang siang hari pun ada hantu. Di celahan semak terpacul hantu memerhati orang lalu lalang dan ditambah dengan babak ‘saspen’. Bila berpaling ke belakang terkejut ingatkan hantu rupa-rupanya sahabat atau orang kampung yang datang menyapa.
“Kamu buat apa kat sini?”
“Tak ada apa-apa pakcik, saya cuma mengambil angin sahaja,” masih dalam keadaan terkejut.
“Hari dah hampir gelap, eloklah kamu pulang,” katanya lagi kepada si ‘terkejut’ itu dengan lirikan mata yang mencurigakan.
Hantu melayu
Teringat saya satu VCD hantu yang saya beli tidak lama dahulu. Melihat tajuk dan covernya sudah mampu meremang bulu roma. Tetapi setelah menontonnya saya rasa pengarah mungkin tersalah letak tajuk. Sepatutnya bukan cerita hantu tetapi cerita komedi. Ada satu babak ketika sang hantu mengejar seorang lelaki hingga sampai ditepi pantai, lalu lelaki tersebut bersembunyi disebalik sebuah perahu. Tiba-tiba...
Mungkin juru kamera sedang mengantuk, lalu tersalah fokus ke arah kaki hantu. Maka ternampaklah hantu sedang melangkah perlahan-lahan dengan berkaki ayam, dengan kuku yang bersih, cantik persis model lagaknya. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk ketawa. Lucu benar rasanya. Banyak lagi babak-babak yang saya kira tak kena dengan tajuknya. Lucu, memang lucu. Itulah pertama dan terakhir saya menontonnya, selepas itu VCD tersebut menjadi koleksi yang disimpan terus hingga sekarang.
Satu perkara lagi, orang melayu mesti mengaitkan hantu dengan malam Jumaat. Cukup sinonim. Itulah yang sering diwiridkan ketika saya masih kecil dahulu. Malam Jumaat yang penuh keberkatan sepatutnya diisi dengan amalan-amalan sunnah menjadi rendah dengan kata-kata ‘malam Jumaat ada hantu’. Lebih-lebih lagi jika malam Jumaat Keliwon.
Sebagaimana dialog diantara Re dan Mi sewaktu mereka mendengar suara meminta tolong ketika berehat di dalam hutan. ( Filem Do Re Mi).
“Malam ni malam apa ha?”
“Nanti dulu, Monday, Tuesday, patulu patunday, malam Jumaat.....”
“Hantuuu...”
Penutup
Saya amat mengimpikan filem seram yang dihasilkan bukan atas dasar hiburan semata-mata, tetapi dihasilkan lebih kepada maksud untuk mendidik dan meransang penonton.
“Kenapa?” Saya bertanya kembali.
“Kan program mula awal pagi, ana takut terlewat,” katanya lagi, lantas mengingatkan saya akan tempat tinggalnya yang agak jauh dengan tempat kursus itu diadakan.
“Anta tidurlah sorang-sorang, apa salahnya,” saya menjawab.
“Ana sebenarnya bukan berani sangat tidur sorang-sorang ni. sunyi pulak tu. Jawabnya. “Hish...seram, ana dah kena dulu.”
Hampir tergelak saya mendengarnya.
“Penakut juga rupanya, harapkan badan saja yang besar,” saya berkata di dalam hati. Lucu rasanya.
“Ohh... ‘dia’ nak bergurau tu, maklumlah anta kan komander, mesti ‘dia’ nak berkawan dengan seorang mujahid, lagipun yang ada kat sini semuanya yang baik-baik belaka,” saya menyakatnya lagi.
“Anta jangan cakap macam tu, nanti anta kena baru tau,” balasnya pula.
“Ha...ha...ha...” saya ketawa, gelihati dengan gelagatnya.
Sungguh mesra persahabatan kami, sikapnya yang tidak mudah ‘terasa’ serta ringan tulang menyebabkannya mudah mendapat kawan. Lebih-lebih lagi kami sama-sama dalam pasukan JAIM.
Cerita hantu
Sememangnya saya seorang peminat cerita-cerita seram. Jika diberi pilihan pasti saya memilih cerita hantu. Ketika zaman kanak-kanak dahulu, saya suka mendengar cerita-cerita hantu yang diceritakan oleh orang-orang tua. Biarpun apa yang diceritakannya tidak dapat dipastikan kebenarannya, disampaikan dari mulut ke mulut, tetapi seronok mendengarnya. Takut pun ada.
Sememangnya saya seorang peminat cerita-cerita seram. Jika diberi pilihan pasti saya memilih cerita hantu. Ketika zaman kanak-kanak dahulu, saya suka mendengar cerita-cerita hantu yang diceritakan oleh orang-orang tua. Biarpun apa yang diceritakannya tidak dapat dipastikan kebenarannya, disampaikan dari mulut ke mulut, tetapi seronok mendengarnya. Takut pun ada.
Biarpun masa telah berubah, zaman IT maklumat dihujung jari, tetapi ‘selera’ saya tetap sama. Jika ada cerita seram yang ditayangkan di televisyen, saya tidak akan melepaskan peluang untuk menontonnya. Tidak kira cerita hantu melayu, cina, inggeris dan sebagainya. Namun saya bukan sekadar menonton untuk mengisi keseronokkan semata-mata, tetapi menonton serta berfikir tentang logik dan rasional. Seiring dengan usia berfikir.
Selain beberapa koleksi filem seram yang saya miliki, saya juga mempunyai beberapa koleksi buku-buku cerita seram yang ditulis oleh penulis yang saya kira agak baik penulisannya, seperti Tok Awang Ngah, Tamar Jalis serta Alang Bumin. Sehingga kini ianya masih dalam keadaan baik di dalam simpanan saya. Saya berhasrat untuk menambah lagi koleksi tersebut. Mungkin ada sahabat yang ingin menjualnya...
Kebelakangan ini televisyen kita banyak memaparkan cerita-cerita seram. Lepas satu cerita bertukar cerita yang lain. Diantaranya Puaka Niyang Rapik, Bilik No 13, Penunggu Gunung Raya, Jangan Pandang Belakang dan sebagainya. Namun, apa yang saya perhatikan, kebanyakannya mempunyai jalan cerita yang hampir sama. Ada hantu yang membalas dendam kerana dirinya dianiaya dan dibunuh oleh penjahat. Lalu mati menjadi hantu dan mencari pembunuh dirinya. Setelah misinya berjaya ‘dia’ dihantar pulang oleh ustaz. Tugas ustaz atau orang agama di akhir zaman, selain tahlil, talkin dan doa selamat.
Kadang-kadang kita rasa pelik, waktu malam mesti banyak asap. Berkepul-kepul. Entah dari mana datangnya. Kemudian dalam rumah mesti kelam dan suram tiada cahaya lampu dan tingkap mesti terbuka. Takkan tidur pun tak tutup tingkap. Tak logik rasanya. Hantu mesti di segenap penjuru, berpaling ke kanan ada hantu, ke kiri ada hantu, kadang-kadang siang hari pun ada hantu. Di celahan semak terpacul hantu memerhati orang lalu lalang dan ditambah dengan babak ‘saspen’. Bila berpaling ke belakang terkejut ingatkan hantu rupa-rupanya sahabat atau orang kampung yang datang menyapa.
“Kamu buat apa kat sini?”
“Tak ada apa-apa pakcik, saya cuma mengambil angin sahaja,” masih dalam keadaan terkejut.
“Hari dah hampir gelap, eloklah kamu pulang,” katanya lagi kepada si ‘terkejut’ itu dengan lirikan mata yang mencurigakan.
Hantu melayu
Teringat saya satu VCD hantu yang saya beli tidak lama dahulu. Melihat tajuk dan covernya sudah mampu meremang bulu roma. Tetapi setelah menontonnya saya rasa pengarah mungkin tersalah letak tajuk. Sepatutnya bukan cerita hantu tetapi cerita komedi. Ada satu babak ketika sang hantu mengejar seorang lelaki hingga sampai ditepi pantai, lalu lelaki tersebut bersembunyi disebalik sebuah perahu. Tiba-tiba...
Mungkin juru kamera sedang mengantuk, lalu tersalah fokus ke arah kaki hantu. Maka ternampaklah hantu sedang melangkah perlahan-lahan dengan berkaki ayam, dengan kuku yang bersih, cantik persis model lagaknya. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk ketawa. Lucu benar rasanya. Banyak lagi babak-babak yang saya kira tak kena dengan tajuknya. Lucu, memang lucu. Itulah pertama dan terakhir saya menontonnya, selepas itu VCD tersebut menjadi koleksi yang disimpan terus hingga sekarang.
Satu perkara lagi, orang melayu mesti mengaitkan hantu dengan malam Jumaat. Cukup sinonim. Itulah yang sering diwiridkan ketika saya masih kecil dahulu. Malam Jumaat yang penuh keberkatan sepatutnya diisi dengan amalan-amalan sunnah menjadi rendah dengan kata-kata ‘malam Jumaat ada hantu’. Lebih-lebih lagi jika malam Jumaat Keliwon.
Sebagaimana dialog diantara Re dan Mi sewaktu mereka mendengar suara meminta tolong ketika berehat di dalam hutan. ( Filem Do Re Mi).
“Malam ni malam apa ha?”
“Nanti dulu, Monday, Tuesday, patulu patunday, malam Jumaat.....”
“Hantuuu...”
Penutup
Persoalan benarkah roh orang mati boleh berkeliaran? Boleh balik ke rumah dan berhubung dengan orang yang masih hidup? Boleh memudaratkan orang yang hidup dengan maksud untuk membalas dendam? Dan pelbagai persoalan lain yang timbul perlu diperhalusi dengan bijak. Kita tidak mahu satu-satu perkara itu akan menyebabkan timbulnya kekeliruan. Mungkin pengarah atau penerbit filem dapat membuat kajian dengan merujuk kepada mereka yang arif atau ahli agama.
Dengan tidak menafikan adanya unsur-unsur nasihat dan pengajaran yang diterapkan, tetapi peratusnya amat rendah. Kita khuatir jika perkara ini diabaikan atau terlepas pandang, tidak mustahil generasi penonton dikalangan kanak-kanak akan dibius dengan perasaan takut hantu bukan takut Tuhan.
0 comments:
Post a Comment