Sahabat Sejati

Monday, 13 July 2015

YAM Pahang: Sumbangan di Kampung Gol Tembeling Tengah, Jerantut

Alhamdulillah, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang (YAM Pahang) beramal lagi. Bersempena dengan bulan Ramadhan al-Mubarak, YAM Pahang telah menyampaikan sedikit bantuan kepada penerima, hasil sumbangan daripada orang ramai. Kali ini lokasinya di Kampung Gol, Tembeling Tengah, Jerantut. Seramai dua puluh keluarga tersenarai sebagai penerima. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi sedikit keringanan kepada penerima untuk menyambut aidilfitri tidak lama lagi. Terima kasih kepada para penderma..

 Memunggah pek sumbangan sejurus tiba di lokasi.



  


 


 
 Acara terakhir sebelum pulang ke Kuantan...

"Wahai orang-orang yang beriman, infakkanlah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untukmu. Janganlah kamu memilih yang buruk untuk kamu keluarkan, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata (enggan) terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya, Maha Terpuji." (al-Baqarah: 267)

3 comments:

iryanty ahamad said...

asalamualaikum saudara....tq perkongsian...jika memberi tangan kanan biarlah tangan kiri tak tahu
..

paridah said...

assalam bantuan dihulur kpd yg memerlukan..bagusnya YAM...

abuikhwan said...

Salam yan,
Benar itu. tetapi adakalanya perlu juga diketahui oleh tangan kiri...bukannya apa sekadar mahu memberi galakan dan peransang kepada orang lain untuk turut sama berbakti..

Post a Comment