Assalamualaikum warahmatullah.
"Ramadhan berlalu melambai pergi
Menggamit aidilfitri di hening pagi
Tangan dihampar sepuluh jari
Salah dan silap harap maafi.."
Marilah kita menjadikan hari raya ini untuk bergembira kerana berjaya menunaikan ketaatan kepada Allah SWT.
Dalam kesempatan yang masih berbaki ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua khususnya kepada pengunjung 'pondok kecil' abuikhwan. Dengan hamparan sepuluh jari saya memohon keampunan, andai ada hati yang terguris dek catatan yang sekadar adanya di laman Kembara Mencari Hamba ini. Tentunya manusia biasa tiada terlepas daripada sebarang khilaf.
Marilah kita mengimbau sejenak, apa yang telah kita lalui sebulan yang lalu. Sesungguhnya puasa Ramadhan adalah madrasah yang mendidik kita semua menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Mudah-mudahan bekalan taqwa yang disemai selama sebulan yang lalu sentiasa menghiasi kehidupan kita sehinggalah kita bertemu Allah SWT.
Dalam kegembiraan kita menyambut aidilfitri janganlah kita berlebihan sehingga melewati batas syariat. Sebagaimana kita berpuasa mengikut syariat kerana ia adalah ibadah, maka sambutlah aidilfitri dengan mengikut syariat, kerana ia juga adalah ibadat. Seterusnya janganlah kita lupa akan mereka yang tidak bernasib baik serta di dalam kekurangan. Begitu juga saudara-saudara seaqidah di Palestin, Syria, Iraq, Selatan Thai, Rohingya dan sebagainya. Doakanlah mereka semua agar diberikan keselamatan dan kesejahteraan.
Akhir kata, Salam Aidil Fitri Minal Aidil Wal Faizin Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum, Minna Wa Minkum Taqabbal Ya Karim. Kullu am wa antum bi Alf al-Khair...
Saudara kalian,
abuikhwan&keluarga
2 comments:
assalam...selamat menyambut idilfitri maaf zahir batin buat ustaz sekeluarga mudah2an madrasah ramadan mendidik kita sebaiknya utk mendapat kebhgiaan duniawi n mencapai yg hakiki abadi...di sana nanti...insyaAllah.
salam kak,
selamat hari raya aidilfitri juga buat kakak sekeluarga...sama2lah kita berdoa semoga diberikan kebaikan di dunia dan akhirat...aminnn.
Post a Comment