Sahabat Sejati

Thursday, 30 July 2015

Suara alam adalah tasbih..

Di luar terjahan hujan menyimbah bumi. Atap zink rumah pusaka ayahanda pula menyambutnya dengan bunyi bising yang membingitkan. Andai telah berhenti titisan hujan nanti, ada pula suara katak bersahutan di belakang sana. Tanpa irama, tanpa melodi tetapi ia mendamaikan dan melenakan. Biarpun tidak bagi sesetengah orang, namun bagi saya ia sentiasa mengundang bahagia.

Bagaimana mungkin titis hujan, deru alur dan hijau pohonan tidak mendamaikan? Bagaimana mungkin sahutan katak di paya, kokokan ayam di atas tunggul tidak mendamaikan? Bagaimana mungkin sahutan mergastua, reriang dan cengkerik malam tidak mendamaikan? Bagaimana mungkin desir angin dan dedaun kayu yang berlanggaran tidak mendamaikan?

Sesungguhnya Allah SWT telah memberitahu:

 تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚوَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗإِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا 
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." (Al-Israa` : 44)

Rupa-rupanya suara alam adalah tasbih zikrullah. Biar pun akal tidak memahaminya, namun roh yang asalnya ‘dekat’ dengan Allah, damai dan tenang dengannya. Biar siapa pun kamu, tiada yang tidak tenang mendengar bunyi alam. Kerana roh itu bahasanya satu dan memahami zikrullah penawar yang menenangkan jiwa.

##Berasa tenang, alhamdulillah.

4 comments:

Bunda a.k.a KN said...

Salam ...bila baca ni datang satu perssaan sayu ntah macsm mana nak gambarkan pun tak tau...
Tapi itulah kenyataannya bila berbicara berkenaan kebesaran Nya dan alam sejagat akan menyentuh hati dan diri yang kerdil ini.....

Subhanalllah....Salam lebaran dari Bunda..

Bunda a.k.a KN said...

Salam ...bila baca ni datang satu perssaan sayu ntah macsm mana nak gambarkan pun tak tau...
Tapi itulah kenyataannya bila berbicara berkenaan kebesaran Nya dan alam sejagat akan menyentuh hati dan diri yang kerdil ini.....

Subhanalllah....Salam lebaran dari Bunda..

paridah said...

assalam...tenang mendengar zikrullah suara alam...biasanya kala hujan lebat kak akan menunggu katak2 berzikir sahut menyahut tanda mrk berdoa agar hujan segera berhenti....insyaAllah....risau juga kalau banjir.

iryanty ahamad said...

asalamualaikum saudara...:-)) bunyi deraian ujanh kadangkala menenangkan jiwa..kadangkala mengusar kan hati

Post a Comment