Sahabat Sejati

Tuesday, 14 July 2015

Risalah Ramadhan al-Mubarak: Sunnah-Adab Berhari Raya (2)

Sambungan daripada artikel: Risalah Ramadhan al-Mubarak: Sunnah-Adab Berhari Raya (1)
 
Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya 

a - Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit daripada para sahabat Nabi saw. 

b – Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A`la dan pada rakaat yang kedua membaca surah al-Ghasiyah berdasarkan hadis riwayat Muslim. Atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim.Kedua-dua bacaan ini sahih daripada Nabi saw. 

c - Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas rhuma, katanya: "Aku menyaksikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah."

d - Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya.  Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: "Telah sepakat para fuqaha` bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat."

9 - Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya

Ibnu Majah meriwayatkan daipada Ibnu Umar katanya: "Adalah Rasulullah  saw keluar ke tempat solat hari raya  dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan." (sahih Ibnu Majah, hasan)

Kata Ibnu al-Munzir: "Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawadhu`, dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan."

Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh daripada musolla/masjid tidak mengapa menaiki kenderaan.

10 - Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya

Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi saw. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).

Dari Umm `Aisyah rha. katanya: "Kami disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha. Wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasing dariada tempat sembahyang."

11 - Zakat Fitrah

Nabi saw menyuruh membayar zakat al-fitri sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari awal.

Imam al-Bukhari meriwayatkan: "Adalah mereka (sahabat Nabi saw) mengeluarkan (zakat al-fitri) sebelum hari raya sehari atau dua hari."

KESALAHAN YANG DILAKUKAN PADA HARI RAYA

Ramai dikalangan kita telah mengambil mudah dengan hari raya. Bila hari raya datang, mereka menganggap hari raya adalah 'hari free' iaitu hari yang terlepas daripada ikatan agama (agama asing, kita asing). Mereka menganggap hari raya ini merupakan lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi). Berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan. Wallahua`lam.

"Semoga `Eidil-Fitri yang kita sambut pada tahun ini dipenuhi dengan keberkatan dan kebajikan"    

1 comments:

Kakzakie said...

Alhamdulillah kakak dah boleh komen di sini:)

Moga raya dpt diraikan dgn kesyukuran. Kakak memang nampak ada yg tidak alert expecially bab bersalam. Sedih juga sebab kadang kakak terserempak yg begini. Kita tunduk kepala bagi isyarat tetap dia hulur. Itulah sebabnya mudah kalau bertudung labuh cepat boleh dilapikkkan tangan kita atau kalau kena anak kakak terus cakap "tak boleh salam - haram"...

Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kakak.

Post a Comment