![]() |
`Trek tar yang agak mudah berbanding trek denai` (sumber foto) |
Tak tahu angin apa pagi tu, tiba-tiba aku semangat nak mendaki Bukit Pelindung. Mungkin sebab malam sebelumnya makan nasi lemak dua bungkus, rasa bersalah tu kuat. Atau mungkin juga sebab anak-anak ajak dengan ayat keramat: “Jomlah abi, santai je.. lama dah tak naik, tak tinggi mana pun.” (Ha. yelah tu)
![]() |
`Masa ni along Ikhwan dan angah Irsalina dah jauh ke depan😅` |
Langkah mula-mula steady je, macam hero dalam filem aksi. Tapi lepas 15 minit, peluh dah macam air longkang musim tengkujuh. Nafas pun dah bukan satu-satu, dah jadi setengah setengah. Mujur trek Bukit Pelindung ni dah bertar. (trek denai pun ada tapi sentiasa tidak menjadi pilihan)
![]() |
(sumber foto) |
Sedikit info mengenai Bukit Pelindung dari laman web Jabatan Hutan Pahang: Keluasan Pembangunan lebih kurang 10 hektar. Kedudukan 5km dari Bandar Kuantan melalui jalan Beserah atau Jalan Sisek. Ketinggian lebih kurang lebih 200 meter. Trek tar ada yang agak curam
Keadaan Hutan yang nyaman dengan pelbagai flora dan fauna serta permandangan Laut China Selatan di sebelah barat tentunya melapangkan fikiran. Kawasan yang paling sesuai dengan aktiviti senaman, pendakian serta penjelajahan hutan.
Tapi bagi aku yang bestnya, suasana hutan tu tenang. Bau daun, bunyi unggas, dan angin sejuk buat aku rasa macam balik kampung. Teringat dulu panjat pokok jambu, sekarang panjat bukit, bezanya cuma lutut dah mula merengek, “Kenapa kita buat semua ni?”
Sampai kat puncak, masyaAllah, pemandangan terus buat aku lupa semua derita tadi. Laut luas, langit cerah, angin lembut sapu muka. Rasa damai sangat. Aku duduk sekejap, hirup udara dalam-dalam, macam nak simpan dalam botol buat kenangan.
![]() |
`Puncak tertinggi di hadapan pagar pencawang Telekom` |
Lepas tu turun punyalah hati-hati, sebab kaki dah serupa mi goreng tak cukup keras. (maklumlah dah tua hehe)
Nak ajak orang hiking? Gunakan ayat ni: Bukit Pelindung – tempat di mana semangat naik, tapi lutut cepat mengalah😅.
2 comments:
https://madey09.blogspot.com/2025/07/tazkirah-subuh-hadis-nabawi-allah.html
catatan baru blog Etuza.
Seronok dapat bersiran melihat alam..ada anak isteri bahagia rasanya tu ustaz
Post a Comment