Sahabat Sejati

Sunday 6 June 2021

Merenung nikmat Allah

"Dan diberikan kepadamu semua (sumber keperluanmu) yang kamu mohonkan. Sekiranya kamu (cuba hitung) kurniaan Allah, maka tidak akan terhitung olehmu (berapa jumlahnya). Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan engkar (tidak mensyukuri nikmat Allah). (Ibrahim: 34) 

Saban masa dan ketika kita menikmati kurnian Allah. Ketika mula dilahirkan, berbagai nikmat yang tidak putus-putus. Lihatlah apa yang ada pada diri kita. Penglihatan, pendengaran, akal fikiran, kesihatan dan lain-lain lagi. Pasti tidak akan habis jika mahu dihitung satu persatu. Namun, mungkin kita terlepas pandang dan terlupa nikmat itu. 

Setiap butir nasi yang dimakan, setiap teguk air yang diminum, setiap zarah udara yang kita sedut, bahkan apa sahaja adalah menunjukkan betapa penyayangnya Allah swt kepada kita. 

Namun demikian, ramai manusia yang seolah-olah lupa daratan. Mereka mengambil nikmat Allah tetapi lupa untuk bersyukur kepada-Nya. Ramai yang tidak bersolat dan engkar akan suruhan-Nya, bahkan tidak sedikit yang melakukan perkara-perkara yang menjadi tegahan-Nya. 

Tetapi dengan sifat Rahman-Nya yang luas, Dia tetap memberikan kurniaan-Nya kepada semua makhluk sama ada taat atau tidak. 

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Allah mengulangi ayat di atas sebanyak 31 kali di dalam surah Ar-Rahman, sebagai amaran dan ingatan serta muhasabah diri, supaya kita menilai semula sejauh mana kesyukuran kita terhadap nikmat-Nya. 

Ingatlah, saban masa dan ketika kita berhajat kepada Allah. Oleh itu, perbanyakkanlah berterima kasih kepada-Nya, iaitu dengan sentiasa mengabdikan diri kepada-Nya. Tinggalkan perkara-perkara maksiat. Mudah-mudahan kita termasuk ke dalam golongan yang sentiasa bersyukur. Wallahu a`lam.

2 comments:

paridah said...

assalam moga ustaz n fmili sht sjhtera..syukuri nikmat kurniaan Allah

Warisan Petani said...

Nikmat Allah tidak terhitung

Post a Comment