Sahabat Sejati

Monday 31 May 2021

Ada hikmahnya..


 Alhamdulillah.

Keputusan ujian swab pertama di pusat perubatan swasta adalah negatif. Saya melakukan ujian tersebut setelah beberapa hari mendapat maklumat, saya adalah kontak rapat kepada seorang pesakit Covid 19, yang juga merupakan sahabat saya.

Petang itu pula, pihak KKM menghubungi saya meminta untuk datang melakukan ujian swab pada keesokkan hari di dewan Jubli Perak yang menjadi pusat ujian swab di daerah Kuantan. Empat hari kemudian keputusan yang dihantar melalui aplikasi my Sejahtera memberitahu keputusan juga negatif. 

Kelmarin sekali lagi saya hadir untuk melakukan ujian swab kali kedua, dan kali ketiga keseluruhannya. Insya Allah, dalam masa empat hari lagi keputusannya akan didapati. Mohon doa daripada sahabat semua, mudah-mudahan keputusannya tetap negatif. Sekarang ini saya masih lagi menjalani kuarantin di rumah. Jangkamasa lebih kurang 18 hari lamanya. 

Kelmarin juga saya mendapat berita sahabat saya yang dijangkiti Covid 19 telah pun sihat. Beliau yang menjalani kuarantin di pusat kuarantin telah pun dibenarkan pulang. Malangnya, isteri dan anaknya masih lagi dirawat dan berada di pusat kuarantin yang berlainan. Moga Allah SWT mengurniakan kesabaran kepada beliau.

Bosan juga duduk melepek di dalam bilik keseorangan sepanjang kuarantin. Justeru, untuk menghilangkan kebosanan yang sudah di tahap tepu, tentunya bukulah yang menjadi peneman setia. Banyak juga naskhah lama-lama yang diulang baca. Lepas satu, satu telah dikhatamkan. 

Tetapi, di sudut yang lain, sesekali terfikir, bagus juga kena kuarantin, kalau tidak sulit juga nak menyelak helaian demi helaian majmuk yang sederetan di dalam rak. Maklumlah sibuk (senyum). 

Pilihan saya adalah buku lama terbitan DBP. Bahan bacaan di zaman bersekolah dulu. Teringat zaman  ketika menjadi pengunjung setia perpustakaan sekolah. Allahu, jauh benar zaman itu telah ditinggalkan. Kalaulah ada terowong masa, kalaulah ada..

3 comments:

Amie said...

Alhamdulillah. Syukur negatif Covid-19. Mudah-mudahan isteri dan anak sahabat itu akan segera sembuh. Begitulah apabila agak lama terkurung, pasti rasa resah dan tak selesa. Mujurlah ada bahan bacaan untuk hilangkan rasa bosan.

paridah said...

assalam alhamdulillah ustaz n famili sht sjhtra negatif covid sykur sgt..jemu membaca tls setiap hari n terbitkan buku pengalamannya

Semut Senyum said...

Alhamdulillah keputusannya negatif.
Semoga Allah bagi kesembuhan dan dipermudahkan urusan isteri dan anak.

Post a Comment