Sahabat Sejati

Monday, 22 February 2021

Sembang santai.

foto hiasan

 Assalamualaikum warahmatullah.

Gembiranya mendengar pak menteri mengumumkan penamatan PKP tempohari. Kemudian ia digantikan dengan PKPB di beberapa tempat, termasuklah negeriku. Biarpun tidak banyak perubahan dalam pelaksanaan SOP-nya, namun adalah juga sedikit kebebasan seperti makan di kedai makan lebih dari dua orang, bilangan penumpang mengikut kapasiti kenderaan dan sebagainya. Cuma merentas daerah tidak lagi dibenarkan, merentas negeri apatah lagi. Memang tak boleh.

Tidak pernah terfikir dalam hidup ini, bermula Mac tahun lalu kehidupan seharian mula berubah. Memakai pelitup muka, penjarakkan sosial termasuk saf solat, tidak boleh bersalam dan lain-lain lagi. Memang tidak tersangka, ia berlaku di dekad ini, mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian 

Sampai bilakah kondisi ini akan berlarutan? Dua tahun? Tiga tahun? Sepuluh tahun? Tiada siapa yang dapat menjawabnya. Tentunya ia di dalam rahsia Allah SWT yang Maha Mengetahui. Justeru, laluilah ia dengan kesabaran. Satu yang pasti Allah yang menurunkan penyakit dan Dialah juga yang menurunkan penawarnya. Tunggulah saatnya penawar ditemui dan pandemik ini terhapus di muka bumi ini.

Berapa ramai yang telah diambil nyawanya oleh Allah SWT disebabkan musibah pandemik ini. Mungkin ada dikalangan saudara-mara dan sahabat-handai kita. Siapakah yang dapat memberi jaminan dirinya selamat. Mungkin selepas ini sampai giliran kita pula. Mana tahu ianya telah tercatat dalam taqdir Ilahi. 

Justeru, marilah kita memanjatkan doa munajat agar musibah ini diangkat oleh Allah SWT dan kita dapat menjalani kehidupan seperti dulu. Allahu al-Musta`an. 

2 comments:

Warisan Petani said...

Mudah2an pendemik ini segera berakhir.

paridah said...

Assalam moga ustaz n fmili sht sjhtra n kita semua dilindungi Allah jangkitan covid 19..reda dgn takdir yg berhikmah

Post a comment