Sahabat Sejati

Saturday 20 June 2020

3 kekasih Allah

Dari Abu Zarra; Nabi saw pernah menceritakan: 3 orang yang dikasihi Allah; 

(1) Seorang lelaki miskin pergi kepada satu kaum meminta dari mereka, namun tidak ada seorang pun yang mahu memberi kepadanya. Dia pun berangkat pergi. Namun ada seorang lelaki dalam kaum itu itu mengekorinya dari belakang, lalu dia memberi (sedekah) kepada orang itu secara senyap. Hanya Allah dan orang itu sahaja yang mengetahui pemberiannya. 

(2) Satu kaum bermusafir. Mereka merentas malam hinggalah tiba saat mengantuk, mereka berhenti dan semuanya tidur nyenyak. Namun di kalangan mereka ada seorang lelaki bangun bertahajjud kepada Allah. Lantas Allah berkata (kepada malaikat-malaikatNya); "Hambaku ini (bangun) berdoa dan merayu kepadaKu dan dia membaca ayat-ayatKu".

(3) Seorang lelaki menyertai satu kumpulan tentera Islam ke medan peperangan. Bila bertemu musuh, tentera Islam hampir tewas. Lantas lelaki itu meluru mendepani musuh (tanpa gentar) hinggalah dia menemui salah satu dari dua (janji Allah); terbunuh syahid atau di beri kemenangan. 

(Hadis riwayat al-Nasai al-Tirmizi. Sunan al-Nasai; 1615. Sunan al-Tirmizi; 2567 dan 2568. Kata al-Tirmizi; hadis sahih).

Kesimpulan, 3 orang yang dikasihi Allah:

1. Bersedekah (membantu orang susah) secara senyap-senyap 
2. Menjaga ibadah malam dalam apa jua situasi. 
3. Teguh di medan jihad; tidak gentar berhadapan musuh.

#mutiarahadis

3 comments:

paridah said...

Assalam ustaz moga sihat sejhtra bersama keluarga...amalan baik/buruk kita sekecil manapun Allah mengetahuinya

Hans Hanis said...

alhamdulillah
perkongsian yang sangat bagus
mengingatkan saya tentang hal2 yang baik

Nor Azimah Ali said...

Assalamualaikum..
Terimakasih atas ilmu yg bermanfaat.

Post a Comment