Sahabat Sejati

Thursday, 25 June 2020

Tertib memotong kuku

Soalan: 

Saya ingin menanyakan soalan berkenaan cara memotong kuku jari manakah yang dipotong dulu dan yang akhir sekali jari yang mana? 

Jawapan: 

Sepakat ulamak disunatkan memotong kuku bagi lelaki dan perempuan dan orang dewasa dan kanak-kanak. Dan disunatkan memotong kuku pada jari tangan yang kanan dahulu dari tangan yang kiri. 

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar:

وَلَمْ يَثْبُتْ فِي تَرْتِيبِ الْأَصَابِعِ عِنْدَ الْقَصِّ شَيْءٌ مِنَ الْأَحَادِيثِ لَكِنْ جَزَمَ النَّوَوِيُّ فِي شَرْحِ مُسْلِمٍ بِأَنَّهُ يُسْتَحَبُّ الْبَدْاَءةُ بِمُسَبِّحَةِ الْيُمْنَي ثُمَّ بِالْوُسْطَى ثُمَّ الْبِنْصِرِ ثُمَّ الْخِنْصِرِ ثُمَّ الْإِبْهَامِ وَفِي الْيُسْرَى بِالْبَدْاَءةِ بِخِنْصِرِهَا ثُمَّ بِالْبِنْصِرِ إِلَى الْإِبْهَامِ وَيُبْدَأُ فِي الرِّجْلَيْنِ بِخِنْصِرِ الْيُمْنَى إِلَى الْإِبْهَامِ وَفِي الْيُسْرَى بِإِبْهَامِهَا إِلَى الْخِنْصِرِ وَلَمْ يَذْكَرْ لِلْاِسْتِحْبَابِ مُسْتَنِدًا 

Ertinya: “Tiada sabit nas dari hadith yang sahih berkenaan tertib memotong kuku akan tetapi Imam Nawawi menjazamkan dalam Syarah Muslim disunatkan memulai dengan jari telunjuk yang kanan kemudian jari tengah kemudian jari manis kemudian jari kelingking kemudian jari ibu. Dan pada tangan yang kiri dimulai dengan jari kelingking kemudian jari manis kemudian jari tengah kemudian jari telunjuk dan kemudian jari ibu. Dan dimulai pada dua kaki itu akan jari kelingking sampai jari ibu yang kanan dan pada kaki yang kiri dimulai jari ibu sampai jari kelingking. Dan tidak menyebut sandaran nasnya. (Kitab Fathul Baari Syarah Sahih Bukhari) 

Kesimpulan:

Memotong kuku pada tangan dan kaki adalah sunnah Nabi saw. Tidak ada kewajipan tertib jari mana yang dipotong dulu pada kaki dan tangan maka harus seorang itu memotong mana jari yang ia suka dan yang mudah baginya dahulu dan harus juga mengikut tertib yang disebut oleh Imam Nawawi seperti tertib di atas.

Wallahua`lam.

3 comments:

paridah said...

assalam ustaz moga sht sjhtera sekeluarga...memotong kuku pun ada adabnya

norhidana said...

biasa memang akan potong kanan dulu baru kiri sebab dah terbiasa

Nor Azimah Ali said...

Saya mmg potong ikut yg ustaz cakap tu, cuma ada lain sikit, saya tinggalkan dulu ibu jari, tgn kiri mula dari kelingking sampai ibu jari dan last sekali ibu jari kanan tadi. Dah lama saya buat camtu sbb masa mula2 belajar tu diajar begitu.

Post a comment