Sahabat Sejati

Thursday, 2 May 2019

Masih teringat-ingat..

sumber: Astro Awani

Waktu zaman kanak-kanak dahulu, kedatangan Ramadhan suatu yang amat menggembirakan. Banyak aktiviti yang tidak dapat dilakukan pada bulan lain, boleh dilakukan pada bulan ini. Bebas keluar malam, main mercun dan meriam buluh, dapat makan beraneka makanan yang sedap-sedap dan bermacam-macam lagi. Emak dan ayah pula memberi kebebasan sepenuhnya. Pendekata, bulan Ramadhan ini menjadi ‘rahmat’ bagi kami semua. 

Masih saya ingati dulu, beberapa hari sebelum tibanya Ramadhan, di peti televisyen memaparkan pengumuman tarikh dan lokasi melihat anak bulan. Sejujurnya saya tidak pernah pernah terlepas peluang untuk menontonnya. Suka saya mendengar alunan muzik latar serta suara juruhebah wanita yang menyebut lokasi-lokasi yang berkenaan. Bagaikan masih terngiang-ngiang di telinga suaranya menyebut satu persatu. 

Apabila tiba masa pengumuman bagi negeri Pahang, saya semakin teruja kerana akan disebutkan lokasi yang paling hampir dengan tempat saya iaitu Bukit Pelindung. Wah, kembangnya hati, berbunga-bunga. Walaupun ia sesuatu yang biasa sahaja, tiada apa-apa yang istimewa. Tetapi entahlah, fikiran budak-budak pada masa itu. Suka sangat apabila sesuatu yang ada kena-mengena dengan kita terpancar di dalam televisyen. 

Sekarang, pengumuman tarikh dan lokasi melihat anak bulan masih ada tetapi dalam versi yang lebih baru. Namun saya merindukan suasana dan momen yang dulu kerana padanya ada sesuatu yang masih menjadi kenang-kenangan.

5 comments:

PeRdU cINta said...

zaman PC kecil..ramadhan boleh dikatan lebih meriah berbanding raya..sebab ramadhan la main bunga apai dan mercun pop-pop tu..tengok yang dewasa main mercun..kerana bila masuk raya..masing-masing di rumah masing-masing berkumpul dengan saudara mara..sungguh..tidak dinafi rindu zaman itu..

Warisan Petani said...

Ramadan yang dinanti2kan

Nor Azimah Ali said...

Ramadhan mmg penuh rahmat dan berkat. Segala yg berkait ramadhan itu indah2 saja biarpun bergelar sebuah kenangan.

norhidana said...

setuju sangat, masa tu time mlm di bulan puasa, takde rasa takut pun... selamba je jln2 ke rumah kwn time mlm2 nk balik lwt... klu hari biasa nk pegi umah nenek kt sebelah umah pun sibuk suh mak teman hehehhe...

2minggu puasa masing2 dh sibuk main meriam dan mercun, meriah je rasa... kt kg dh ramai yg pasang pelita mcm3 gaya kt depan umah... meriah nya masa tu... tp skrg ni dh makin jarang...

rindu betul suasana ramadhan dulu2

Normala Saad said...

Assalamualaikum Abu.
Bagi kami yang lahir ditahun 60an ni lagilah merindui Ramadhan dizaman dahulu. Pergi beli ais ketul yang dibalut dengan hampas padi atau serbuk kayu. Malam ada more. Main mercun dan bunga api. Paling syok tengok orang lawan tembak meriam katak sapa kuat.

Post a Comment