Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi (1911-1998 M) iaitu Tokoh Tafsir Mesir ada menceritakan:
Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim, aku bertanya kepada dia:
"Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?"
Pemuda:
"Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka."
Syeikh Sya'rawi:
"Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada ALLAH, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?"
Pemuda:
"Sudah tentu masuk neraka."
Syeikh:
"Ke mana syaitan ingin membawa mereka?"
Pemuda:
"Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan."
Syeikh:
"Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka."
Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadis Rasulullah saw ketika mana lalu jenazah Yahudi di hadapan Baginda saw.
Baginda saw bangun dan menangis, sahabat bertanya:
"Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah SAW?"
Baginda SAW berkata:
"Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!"
Syeikh:
"Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah SAW yang inginkan hidayah buat semua manusia dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan Baginda SAW di lembah yang lain!"
Semoga ALLAH merahmati Syeikh Sya'rawi.
2 comments:
takut dengan pengikut daesh yg sgt ekstrimis, sgt nekad tp itu bukan cara islam, bukan itu caranya utk syahid di jalan Allah
Assalamualaikum Abu.
Ya ditempat kita sendiri pun ramai orang kita berfikiran begitu. Jahat mesti dibalas jahat. Mesti dimalukan dan dijatuhkan maruah. Mesti dinista, dihindari dan dipulau. Tidak ada usaha dakwah melainkan menyalah dan menghukum terus keneraka.
Post a Comment