Sahabat Sejati

Thursday 26 July 2018

Solatullah wasalamuhu `ala Rasulillah (39)


TEMPOH DAN TAHAP DAKWAH

Tempoh Dakwah

Kita dapat membahagikan masa dakwah Nabi Muhammad kepada dua tempoh yang masing-masing memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Dua tempoh itu adalah;

1. Tempoh di Mekah, berlaku kira-kira 13 tahun.

2. Tempoh di Madinah, berlaku selama 10 tahun.

Tahap Dakwah

Di setiap tempoh ini ada tahap-tahap lain lagi, masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri yang membezakannya daripada tahap yang lain. Hal itu secara jelas dapat dilihat setelah melakukan analisis dengan mendalam terhadap pelbagai keadaan yang mencakupi dakwah Islam sepanjang dua tempoh tersebut.

Tempoh di Mekah boleh dibahagi menjadi tiga tahap, iaitu:

1. Dakwah Sirriah (sembunyi-sembunyi) yang berlaku selama tiga tahun.

2. Menyampaikan dakwah secara terbuka kepada penduduk Mekah, yang bermula sejak permulaan tahun keempat kenabian sehingga akhir tahun kesepuluh.

3. Dakwah di luar Mekah, yang dimulakan sejak akhir tahun kesepuluh kenabian hingga baginda berhijrah ke Madinah.

Untuk tempoh di Madinah, penjelasannya akan disampaikan nanti.  
 
(Petikan daripada: Ar-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Sofiyurahman al-Mubarakfuri, terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd) 

Bersambung..

1 comments:

paridah said...

Assalam moga ustaz n kluarga sht sejhtra...dakwah Rasullullah sarat dengan cabaran yg tidak terjangkakan di mana saja Baginda SAW menyampaikan risalah-Nya

Post a Comment