Sahabat Sejati

Friday 20 April 2018

Rehat Minda: Pesan Murabbi 106

Salam Jumaat.


"Harta merupakan sebahagian dari rezeki, akan tetapi di sana terdapat rezeki sihat, rezeki anak-anak, rezeki makanan, rezeki keberkatan. Dan semua nikmat dari Allah Taala merupakan rezeki dan bukan terhad pada harta sahaja" 

~Syeikh Mutawalli Asy-Sya'rawi, seorang Ulama' Kontemporari, Penafsir al-Quran di Mesir (Meninggal dunia tahun 1998M) yarhamhullah.

2 comments:

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb.AbuIkhwan....
Didoakan sihat dalam rahmat Allah dan diberi kebaikan dalam kehidupan ini.

Alhamdulillah, sehingga nyawa kita masih dikandung badan selagi itulah rezeki Allah melimpah ruah dikurniakan kepada kita tetapi ramai yang tidak mengetahuinya..... kerana rezeki bukan terhad kepada harta semata-mata.

Oleh kerana itu, dengan murahnya rezeki yang Allah curahkan kepada kita baik dalam bentu harta, ilmu, tenaga dan masa sebaiknya kita sisipkan sedikit buat mereka yang memerlukan dalam kondisi yang dikehendaki. Mudahan kita tidak tamak dengan rezeki Allah dan sentiasa ringan untuk membantu.

Jangan jadi tangkai jering atau yang bakhil dan lokek. Allah bolehmengambil kembali dengan mudah dan tanpa diberi amaran.

Pesan murabbi yang ringkas namun mengesankan. Mudahan Abu Ikhwan dan keluarga beroleh rezeki yang barakah.

Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak

Normala Saad said...

Terkesan baca komen saudari di atas

Post a Comment