Sahabat Sejati

Sunday, 19 November 2017

Aku kepelikan...(??)

sumber foto: FB ALAM Malaysia

Macam ada yang tak kena dengan gambar ini, fikir saya sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Apa agaknya yang pelik tu? Gambar ini sebenarnya terletak di dalam daerah tempat tinggal saya. Atau senangnya tak jauh mana dari tempat tinggal saya. 

Oleh kerana ia berada di dalam daerah saya, maka saya merasa suka(??) untuk mengongsinya dengan sahabat-sahabat. Apa reaksi sahabat semua, kepelikan? Terkejut? Saya bukan sekadar berkongsi gambar, tetapi turut sama berkongsi perasaan. 

Gambar ini saya dapati di dalam FB ALAM Malaysia. Rasanya tidak perlu saya ulas atau dalam bahasa lain ‘membebel’. Cukuplah gambar tersebut menjelaskan apa yang sedang berlaku ni satu sudut negeriku tercinta ini. Dulu bauksit... 

Saya kongsikan apa yang ditulis oleh admin ALAM Malaysia. Renung-renungkan... 

KEGILAAN MELAMPAU?... itulah ungkapan yang mungkin paling sesuai untuk menjelaskan foto ini. Terletak hanya beberapa meter di belakang Pejabat Hutan Daerah Kuantan tetapi penggondolan Hutan Simpan Bukit Galing, Kuantan, Pahang seakan-akan tidak dipedulikan langsung! Di manakah kewarasan pemimpin dan pemerintah Kerajaan Negeri Pahang sehinggakan Hutan Simpan seluas "sekangkang kera" buat menjana oksijen di Bandar Lestari itu pun mahu dikebas? Sekitar tahun 2007, Hutan Simpan Biodiversiti di tapak Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan yang terletak bersebelahan Hutan Simpan Bukit Galing ini juga digondolkan dengan kerjasama "orang dalam". Selepas itu, Kuantan juga menjadi perhatian dunia disebabkan kegilaan bauksit tanpa menghiraukan kesan pencemaran alam sekitar kepada penduduk. Kalau berterusan kegilaaan ini, maka hancurlah agaknya alam semulajadi dan bumi Pahang tidak lama lagi.

7 comments:

Warisan Petani said...

Fikir2kanlah

Warisan Petani said...

Fikir2kanlah

saniahibrahim said...

Assalamualaikum ustaz
Ngeri melihat keadaan skg,Hutan2 dah semakin pupus.kerasukan manusia semakin menjadi2.
Betul kata WP tu,fikir2kan lah.

paridah said...

Assalam ustaz moga sht sjhtera sekeluarga...yang pelik n takjub cuma kita mrk tak. pabila alam menjerit baru cari alasan takdir Allah katanya...hmm

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, Abu Ikhwan.... Didoakan selalu sihat dalam rahmat Allah SWT bersama keluarga. Demikianlah Allah hendak membuktikan apa yang menjadi pelik kepada kita dan tidak pelik kepada mereka yang bertanggungjawab. Pastinya mereka ada jawabannya jika ditanya tentang apa yang pelik itu.

Benar, dunia sudah semakin aneh dan pastinya ganjil dalam setiap perlakuan orang yang tidak mengerti hanya inilah bumi yang dapat manusia hidup di dalamnya. Mudahan ada pembelaan buat bumi ini.

Salam takzim dari Sarikei, Sarawak. :)

Unknown said...

Assalamu'alaikum ustaz. Semoga alam kita ada imbangannya. & semoga kita ada peluang untuk selamatkan bumi kita dari mana-mana usaha yang kita ada.

Ketahui apa kelebihan vitamin kanak-kanak Shaklee berbanding vitamin kanak-kanak lain di pasaran.

Normala Saad said...

Manusia rakus ada dimana-mana saja Abu...bukan tak nampak, nampak tu. Tapi mata depa tertutup dengan blink blink kut...

Post a Comment