Sahabat Sejati

Thursday, 20 July 2017

Rileks sekejap: Jika orang Pahang...

Sewaktu beratur mahu membeli tiket tadi tiba tiba penyokong Pahang yang berada didepan saya terlupa membawa IC. Ini menyebabkan penjual tiket tiada pilihan selain melakukan temuduga untuk memastikan penyokong tersebut adalah Bangsa Pahang... Berikut adalah rakaman temuduga antara penjual tiket dan penyokong yang terlupa membawa IC. 

Penjual tiket : Nama lama Indera Mahkota mende?

Penyokong : Atabara

Penjual tiket : Pekan Sari Derian Tawor hari mende?

Penyokong : Hari Rabu

Penjual tiket : Kalau gelas tepi meja dekat dekat nak jatuh, orang Temeloh panggil Coper.. Orang Lepih panggil mende?

Penyokong : Tekih

Penjual tiket : Orang Temeloh panggil ikan Seluang, orang Taman Negara panggil Ikan Halus, orang Lepih panggil ikan mende?

Penyokong : Ikan Bador

Penjual tiket : Padang Majlis Daerah Pekan te orang Pekan panggil padang mende?

Penyokong : Padang Beng

Penjual tiket : Kepala hotok betei budak ni, semua mende dia tau. Nah ambik 4 tiket.. Berambusss

sumber: FB

5 comments:

paridah said...

Assalam moga sht sjhtera sekeluarga...heh..heh..org phg biasale tau je mendepun

saniahibrahim said...

Assalamualaikum ustaz...
Wah banyak betul bahasa pahang yang orang tak tahu.
Unik bunyi bahasa nya.

Hsna Rahman said...

haha satu pun ku tak faham..baru tau rupanya pahang pun ada bahasanya tersendiri

Nor Azimah Ali said...

Dah lama tinggalkan loghat Pahang, lebih dari 30 tahun, balik duk Terengganu, kalo sesekali pegi ke jerantut rumah adik tu, dengar dorang cakap rasa mcm pelik je. Siap ada lenggok dia kan.

mamapp said...

Haha kelakar Pula baca

Post a Comment