Sahabat Sejati

Saturday, 5 March 2016

Yang mana satu idaman kalbu...

Pilih yang mana berkenan di hati, mendengar kuliah UAI atau menonton perlawanan bola sepak di antara Pahang FC dan Sime Darby. Kedua-duanya pada malam ini. mahu mendengar kuliah boleh, mahu menonton perlawanan bola sepak pun boleh. Tidak salah mahu menonton perlawanan bola sepak. Jangan kata salah pula, saya pun tak kata salah. Asalkan tidak tinggal solat dan menjaga adab, 'beres aje'

Saya sendiri pun ada masa-masa ke stadium untuk menonton perlawanan bola sepak. Musim lalu adalah tiga atau empat perlawanan yang saya saksikan (dalam setahun). Tahun ini belum terbuka lagi hati mahu ke stadium.  Akan datang entahlah.

Tetapi jika ditanya sekarang, jawapan saya tentunya pergi dengar kuliah UAI. Yalah, bukan senang UAI nak datang ke Kuantan sekarang ini, tidak seperti tujuh, lapan tahun dahulu. Masih saya ingati ketika mula-mula mengikuti kuliah UAI di Kuantan, kira-kira lapan tahun dahulu. Kuliah bulanannya bergilir hanya kepada dua, tiga masjid yang sama berhampiran tempat tinggal saya. Maknanya mudah UAI datang ke Balok. Usai kuliah pula ramai yag terus pulang atau mengunjungi gerai jualan, tidak ramai yang datang bersalam dengan beliau. Pendekata, jika mahu bergambar 'tersangatkah' mudah! masa itu belum 'femes' lagi.

Sekarang ini, hmm...selepas klip video kuliahnya viral di u-tube, faham-faham 'ajelah'. Semua masjid mahu UAI menyampaikan kuliah sehingga terpaksa 'rotate' di masjid terpilih dalam negeri Pahang, malahan di seluruh negara.

Apa pun pergi tengok bola jangan sampai tak pergi dengar kuliah. Pandai-pandailah berbagi...

Nak dengar kuliah UAI atau nak tengok bola. Pilih yang mana satu idaman kalbu...   





sumber: FB Tokgajah.com

2 comments:

paridah said...

Assalam...mengutip mutiara ilmu dimajlis ilmu UAI TENTU SGT BERMAKNA SEKALI TAPI BERSAMAAN PULA TARIKHNYA DENGAN PERLAWANAN BOLA SEPAK DI STADIUM YA TENTU MENYUKARKAN BAGI YG BERMINAT DGN KEDUA-DUA PROGRM TU UTK BUAT PILIHAN...TERPULANGLAH KPD NIAT N BIJAKSANA MASING2 MEMBUAT PERTIMBANGAN YA..

abuikhwan said...

Salam kak,
Betul tu, terpulang pada hati masing-masing. rasa nak dengar kuliah silakan, nak tgk bola silakan. tepuk dada tanya iman. Jgn sampai langsung tak dengar kuliah dah la. berbagi masa dengan sebaiknya..

Post a Comment