Sahabat Sejati

Tuesday 13 October 2015

Salam Ma`al Hijrah 1437

 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara'

Assalamualaikum warahmatullah.

Dikesempatan masa dan usia yang masih berbaki ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1437 kepada semua sahabat khususnya pengunjung pondok kecil abuikhwan. Sejujurnya, sokongan sahabat sekelian amatlah saya dambakan, justeru saya terus bersemangat untuk mencoret sesuatu di pondok kecil ini. 

Pejam dan celik, 
Hari berganti hari, 
Bulan berganti bulan, 
Tahun berganti tahun, 

Kita telah pun berada di 1437H. Semangat dan azam baru untuk meneruskan langkah selaku khalifah di atas muka bumi ini. 

Penuhilah masa yang masih diberikan dengan iman dan taqwa. Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam. Manakala hari esok lebih baik dari hari ini. Demikianlah seterusnya hari-hari yang dilalui. Semoga kedatangan tahun baru ini memberikan seribu kebaikan serta meningkatkan lagi amalan kepada-Nya.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali-Imran: 185). 

Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, sesungguhnya itulah kejayaan yang sebenarnya.

4 comments:

paridah said...

ASSALAM..SALAM MAAL HIJRAH...SEMOGA PENGHIJRAHAN KITA DI TAHUN INI MEMBAWA KE DESTINASI YG DIHARAPKAN DAN DIREDHAI-NYA INSYA ALLAH.

abuikhwan said...

Salam kak Paridah,
Terima kasih atas doanya, mudah-mudahan Allah memakbulkan. Salam maal hijrah juga buat akak

iryantyismail said...

asalamualaikum saudara..salam maal hijrah
:-))

abuikhwan said...

Salam yan,
Salam ma`al hijrah kembali...

Post a Comment