1. Sabda Nabi saw: "Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'ban janganlah kamu berpuasa (hinggalah tiba ramadhan)." (Jami' at-Tirmizi; 738, hasan sahih).
2. Sabda Nabi saw: "Janganlah sesiapa mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa." (Sahih al-Bukhari: 1914).
3. 'Ammar bin Yasir ra. berkata: "Sesiapa berpuasa pada hari syak (30 sya'ban) dia mengingkari Abal Qasim (Nabi Muhammad saw)." (HR al-Bukhari secara mu'allaq dan at-Tirmizi. Jami' at-Tirmizi; 686, hasan sahih).
Menurut Imam ar-Ruyani: Hukum puasa selepas nisfu Sya'ban adalah makruh. Adapun puasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan hukumnya haram (Tuhfah al-Ahwazi; 2/275). Namun, menurut ulama dikecuali larangan tersebut daripada tiga orang:
1. Orang yang meneruskan puasa yang dimulainya sebelum bulan Sya'ban masuk separuh kedua (yakni sebelum 16 Sya'ban), sekurang-kurangnya ia berpuasa dari 15 Sya'ban.
2. Orang yang meneruskan kebiasaan puasanya, seperti ia biasa berpuasa Isnin dan Khamis atau puasa nabi Daud as.
3. Puasa qadha, nazar dan kaffarah.
1 comments:
salam sahabat bagus entri ni sebab kadang-kadang anak2 muda yang baru nak mantapkan keimanan,malu nak bertanya dengan orang yang lebih berilmu.
Post a Comment