Berkata Saiyidina Umar al-Khattab ra. dengan gembiranya setiap kali menjelang Ramadhan:
“Selamat datang bulan yang akan membersihkan kami, sebab Ramadhan ini semuanya baik, puasa pada siang harinya dan bangun pada malamnya, dan sedekah (belanja) dalam bulan ini sama dengan membelanjai perjuangan jihad fi sabilillah.”
Ramadhan tiba berulang masa.
Dikesempatan yang terluang ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatan kepada semua pengunjung pondok kecil abuikhwan. Mudah-mudahan kita semua diberikan kesungguhan untuk melakukan segala amal kebaikan, tentunya ia diganjari dengan sebanyak-banyak ganjaran.
Bersungguhlah dalam melaksanakan segala amal ibadat, kerana kesungguhan itulah pelengkap proses TAQWA. Bukankah itu yang ‘diburu’ oleh pencinta akhirat sepanjang zaman? Mereka mengimpikannnya kerana mereka tahu kelebihan yang ada pada sifat TAQWA.
Maka, carilah taqwa, burulah taqwa. Bahkan taqwa adalah tanda kecintaan kepada-Nya. Namun tidak mudah untuk memiliki taqwa, semua itu memerlukan kesabaran dan mujahadah tanpa jemu. Tetapi Allah SWT yang memiliki sifat Kasih Sayang, Dia Maha Mengetahui kesukaran itu, lalu dipermudahkannya. Berpuasalah 30 hari dengan sebaiknya, nescaya taqwa akan datang mendampingi. Nah! inilah jalannya. Rebutlah peluang yang terhidang di atas jalan Ramadhan ini...
Selamat menjalani ibadah puasa demi sebuah taqwa yang didambakan.
Berkata Ibnu Abbas ra:
"Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: 'Jika sekiranya umatku mengetahui segala (kebaikan) di bulan Ramadhan, nescaya mereka menginginkan supaya sepanjang tahun itu menjadi Ramadhan, kerana semua kebaikan berkumpul di bulan Ramadhan, ketaatan mudah diterima, semua doa dikabulkan, semua dosa diampuni dan syurga rindu kepada mereka'".
0 comments:
Post a Comment