Sahabat Sejati
Saturday, 7 July 2012
Cubalah, anda tentu terpegun...
Jika ada yang bertanya...
Juzuk ke 5 di halaman berapa?
Juzuk ke 10 di halaman berapa?
Ahh.. tentu susah juga mahu menjawabnya kerana kita tidak menghafal mukasurat setiap permulaan juzuk. Lainlah jika anda telah menghafalnya, tentu ia tidak menjadi masalah.
Jadi, bagaimana? Susah juga nak mengingat setiap muka suratnya. Jangan bimbang, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Nah! Disini saya ingin berkongsi satu kaedah yang menakjubkan dari tuan guru saya, iaitu Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Jom, kita cuba.
Contoh 1:
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82.
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2:
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3:
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkankan sahabat semua. Sama-sama kita kongsikan kepada sahabat handai kita, adik-adik kita, keluarga kita dan suadara-saudara kita supaya sama-sama beroleh pahala…
Cubalah, anda tentu terpegun!
Labels:
fikir-fikir,
ilmu,
motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
masyaAllah..iya lah.
ustaz,sy share kat fb boleh? sy letak link blog ni juga :)
Assalamualaikom,
Subhanallah.T.Kasih.
Post a Comment