Sahabat Sejati

Thursday, 11 March 2010

Munajat seorang hamba

Munajat (Ust Asri & Rabbani)

Tuhan
Kubisikkan kerinduan,
keinsafan, pengharapan...

Tuhan
Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan...

Bisikan ku untuk-Mu
Munajatku pohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirah-Mu
Mardhiyah-Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Ku rindukan pimpinan-Mu
Keagungan-Mu dalam doaku
Kebesaran pada kudrat-Mu
Ia membina rohaniku

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Bayangan syurga idaman...

Syahdu...

Terasa diri bagaikan lebur dalam keindahan bait-bait kata yang tersusun. Dialun bersama melodi menjadi gurindam. Gemersik suara menggetarkan perasaan.

Titis-titis jernih bergenang, antara keasyikkan dan kenangan lalu. Atau mungkin jua kerana dosa-dosa semalam. ..

Kerdilnya diri hamba tatkala memohon belas ihsan, disebalik keagungan dan kebesaran Tuhan. Tenggelam timbul sifat kehambaan, moga terenjis jua sekelumit rahmat dan keampunan-Nya.

Gambaran kehambaan diungkap dengan penuh kerendahan. Munajat seorang hamba kepada `Kekasih` yang abadi. Rintihan kerinduan, keampunan dipohonkan, harapan didambakan. Moga-moga lahir kecintaan.

Ya, moga lahir kecintaan... kerana cinta Mu Tuhan tidak mengecewakan.

(Al-Fatihah buat Allahyarham Ust Asri Ibrahim, semoga dilimpahi rahmat dan keampunan-Nya).





0 comments:

Post a Comment