Sahabat Sejati

Friday, 15 July 2016

Selamat Hari Raya dari Kemboja

Assalamualaikum warahmatullah. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin serta salam Jumaat yang diberkati.  Semoga sahabat-sahabat sentiasa diberikan rahmat dan kebaikan di dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

Lama juga 'Kembara Mencari Hamba' tidak bersiaran, maklumlah bercuti raya, maka blog pun turut bercuti. Tatkala membelek-belek blog beberapa sahabat, terkesan dan seronok melihat foto-foto suasana sambutan aidilfitri baru-baru ini. Jadi, hari ini dengan senyuman ceria dan semangat yang berkobar-kobar terasa ingin juga berkongsi beberapa foto kemeriahan hari raya. Tetapi ia bukanlah foto saya, ianya adalah foto kiriman sahabat saya Ustaz Yusuf 'Kemboja' melalui whatsapp group kami. Yalah, tengok pada tajuknya pun dan sentap, seolah-olah saya beraya di Kemboja. Sebenarnya tidak.

Ustaz Yusuf adalah seorang imam tahfiz yang berasal nun jauh di Kemboja. Sudah beberapa tahun beliau dijemput menjadi imam tarawih di masjid tempat saya. Dek kerana kekerapan datang ke Malaysia, samada menjadi imam tarawih atau mencari dana untuk pondoknya, beliau sudah boleh berbahasa melayu walaupun dalam keadaan pelat-pelat. Paling lucu tatkala membaca whatsapp yang dihantar dengan ayat yang 'tunggang-langgang'. Ada ketikanya saya terpaksa mengambil masa untuk memahami apa yang ditulis. Mujurlah ia dihantar melalui group, jadi adalah sahabat lain yang membetulkannya.

Apapun, saya amat memuji semangat dan kegigihan beliau menyebarkan dakwah di tempatnya walaupun dalam serba kekurangan. Selamat maju jaya duhai sahabatku!

##sumber foto: (group whatsapp Rakan Masjid Qaryah Balok)


 'Sungai Mekong'


'Alhamdulillah, surau dengan pembesar suara yang baru hasil sumbangan dana jemaah masjid kami. Semoga Allah SWT membalas dengan sebesar-besar ganjaran'


'Suasana berbuka puasa di masjid di Kemboja'


'Berbuka puasa bersama para pelajar'


'Kemeriahan aidilfitri tetap disambut biarpun serba kekurangan'




'Alhamdulillah, pemberian duit raya yang juga merupakan sumbangan daripada para jemaah masjid kami. Mudah-mudahan sumbangan yang sedikit ini dapat mengukir senyuman di wajah mereka'


 'Allah SWT jua yang membalasi para penyumbang dengan sebesar-besar ganjaran'

 'Suasana perkampungan di Kemboja. Saya pula teruja dengan rumahnya. Katanya masih ada bahagian rumah yang berdindingkan kulit kayu'


'Di antara juadah. Kuih gulung dan roti Kemboja'

7 comments:

paridah said...

Assalam ustaz n famili moga sht sjhtera...melihat suasana di Kemboja terkenangkan kak situasi 60-an dulu..rumah yg dihuni seakan pondok saja...moga usaha murni ustaz Kemmboja yg berdakwah ke jalan-Nya dipermudahkan Allah urusannya.

Normala Saad said...

Salam Abu..kak masih teringat melihat dokumentari TV kampung org2 Islam di Kemboja. Menitis air mata tengok rumah dan kedaifan masyarakat depa disana. Kak selalu taarif Kak ni org tak berada konon tapi tengok depa 100 x miskin segala dari kita, masih teruskan kehidupan mcm biasa...miskin2 kita kat sini pun kaya makan...kesian kat depa kan. harus terima kasih pada rakyat Malaysia yang rajin bersedekah tu..

saniah ibrahim said...

Assalamualaikum ustaz,akak baca tajuk pun ingatkan ustaz yang pergi Kemboja.
Yalah kan sesusah2 kita kat sini,tak lah sesusah mereka di sana kan.Moga dakwah kawan ustaz di sana dipermudahkan hendaknya.

saniah ibrahim said...

Assalamualaikum ustaz,akak baca tajuk pun ingatkan ustaz yang pergi Kemboja.
Yalah kan sesusah2 kita kat sini,tak lah sesusah mereka di sana kan.Moga dakwah kawan ustaz di sana dipermudahkan hendaknya.

Nor Azimah said...

Saya dan suami memilih buat aqiqah ank dan korban di kemboja di bwh kelolaan ngo yg dipercayai, kami memilih utk buat di sana krn percaya masyarakat di sana lebih memerlukan

Nor Azimah said...

Saya dan suami memilih buat aqiqah ank dan korban di kemboja di bwh kelolaan ngo yg dipercayai, kami memilih utk buat di sana krn percaya masyarakat di sana lebih memerlukan

Kakzakie Purvit said...

Salam aidilfitri AI..maaf zahir batin dari kakak.

Melihat paparan semua itu benar-benar membuka mata hati kita betapa bersyukurnya kita jika mahu dibandingkan dgn mereka.

Imam terawih masjid kakak pun org luar tapi bukan dari kemboja tapi dari Thailand. Juga kami ada misi membantunya membangunkan Islam di daerah beliau.

Post a Comment