Sahabat Sejati

Wednesday 13 April 2016

Memakai tangkal untuk elak kejahatan dan hasad dengki manusia

Soalan: 

Bolehkah saya menggunakan memakai tangkal untuk menghalang kejahatan atau hasad dengki manusia? 

Jawapan: 

Di zaman permulaan Islam amalan memakai tangkal digunakan ramai masyarakat jahiliyyah. Raslullah saw telah mengharamkan pengunaan tangkal dan menggantikan dengan pengunaan ayat al-Quran dan doa, khususnya memohon daripada Allah SWT menghindari dari sesuatu yang tidak diingini. 

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, juzuk ke 4 halaman 156 disebut hadis yang mafhumnya, "Sesiapa yang menggantung tangkal, maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik." 

Hadis ini merupakan hadis umum. Berlaku suatu ketika apabila sahabat-sahabat menerima ayat al-Quran daripada Rasulullah saw, diamalkan untuk menghindari ganguan, menulis ayat tersebut di kertas dan menggantungkan kepada anak-anak mereka yang belum boleh membaca al-Quran. Bila dirujuk kepada Rasulullah, baginda tidak melarangnya. 

Ada sebahagian pendapat jika tangkal tersebut diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan. 

Pandangan ulama-ulama muktabar yang dipetik daripada Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah (Fatwa-fatwa yang amat berharga) pada halaman 253 bagi soalan seperti dikemukakan ini, dijawab bahawa, "Adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah SWT untuk dijadikan tangkal, maka ulama-ulama berselisih pendapat. Di kalangan ulama-ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak dan ada sedikit yang mengharuskannya, dengan syarat-syarat khusus. Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal-tangkal sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu. 

Tentang keharusan yang Rasulullah berikan kepada beberapa orang sahabat, itu adalah pada permulaan Islam. Apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka, dilarang sama sekali penggunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat al-Quran kerana, 1; mencegah daripada keburukan yang lebih besar, 2; menjaga kesucian al-Quran dari terbawa dalam tandas dan 3; membulatkan keyakinan bahawa Allah Taala sahaja yang melindungi manusia daripada segala-galanya." 

(Sumber: Bersama Dato Dr Harun Din)

5 comments:

paridah said...

Assalam perkongsian yg sgt bermenafaat menambah sedikit ilmu drpd xtahu kpd tahu tksh ustaz.

Fida Z Ein said...

Assalamualaikum...Ustaz...ada dlm buku Ustaz Harun Din ka...kalau ada nak cari buku tu

iryantyismail said...

assalamualaikum saudara..

perkongsian yang berguna ;-))

Normala Saad said...

Dulu2 ada orang suka pakai tangkal yang dililit dipinggang..saya pun tak pasti untuk apa...kebanyakkannya lelaki.

Kakzakie Purvit said...

Apa yg membimbangkan dgn penggunaan tangkal itu menggugat iman sebab persandaran bukan pada Allah tetapi pada tangkal itu walaupun tangkal itu dari ayat Al-Quran. Sebaiknya bila sudah difatwakan haram baik tinggalkanlah..

Kak nak cerita hal yg menggelikan hati AI. Ada org tu konon katanya ustaz sebab memberi tangkal dan mengubat org kena sihir bagailah... tapi bila dilihat dari penampilan dgn cincin akek penuh 10 jari, membaca basmallah aje yg boleh didengar lepas tu bagaikan mengomel. Last bagai dia pulak yg kena sihir. Kecut perut kawan kakak tu, dah kena gitu kawan kakak balik terus tak dtg lagi dah. Takut dia. Kami satu office gelakkan dia.

Post a Comment