Sahabat Sejati

Wednesday, 20 April 2016

Sampaikanlah kami kepadanya, ya Allah..

foto hiasan (sumber)

Kuliah subuh tadi diakhiri dengan doa yang sangat bermakna.

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan."

Usai melantunkan doa tersebut, tidak semena-mena hati saya merasa gementar. Bagaimana jika ia tidak diperkenankan oleh Tuhan? Rupa-rupanya Ramadhan yang lalu menjadi yang terakhir buat saya... Sebagaimana telah ramai yang mendahului, dan sama sekali tidak mengetahui bahawa Ramadhan yang lalu adalah yang terakhir buat mereka. Atau boleh jadi sempat bertemu dengan Ramadhan tahun ini, tetapi siapa tahu, ajal terlebih dahulu menjemput tanpa sempat menghabiskannya sehingga ke hari terakhir.

Inilah harapan setingginya yang terkandung dalam di dalam doa yang dilafazkan. Satu harapan. Sebagaimana ulama silam yang berdoa 6 bulan sebelum dan selepas Ramadhan. Enam bulan sebelum Ramadhan agar sempat bertemu Ramadhan, dan enam bulan selepas Ramadhan agar diterima semua amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan. 

Apa jua ketentuan adalah milik-Nya yang mutlak. Redha dan pasrah tidak pernah berkurang. Namun, harapan untuk bertemu Ramadhan sentiasa di relung hati.

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan." 

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Memang doa ini yg kita baca sebaik menjelang syaaban. Harapan kita semua agar dipertemukan ramadhan 1437H. Bergetar terasa dihati lebih sikit bila mengaminkan doa tak sama bila berdoa sendirian..

saniahibrahim said...

Semoga kita dapat dipertemukan dengan Ramadhan tahun ini....InsyaAllah.

paridah said...

Assalam semoga ustaz n famili sht sejhtera hendaknya...mudah2an doa kita yg tlulus murni diperkenan Allah dan kita diberi peluang berada di bulan rejab hingga ramadan n seterusnya sehingga kita kenbali ke sisi=Nya insya-Allah.

Normala Saad said...

Semoga kita semua dapat bersama Ramadhan tahun ini.InsyaAllah.

LYAfrina said...

rsa tersentuh hati bca n3 ni..
penuh keinsafan..
smoga trs dipnjangkan umur..sbb byk lg y perlu dikumpul n perbaiki utk bekalan akhirat...

in shaa Allah, smoga doa dimakbulkanNya..

Post a Comment