Sahabat Sejati

Friday 8 August 2014

Kuliah Maghrib Perdana : AWAN MENDUNG DI BUMI GAZA

Assalamualaikum warahmatullah.

Memikirkan apa yang berlaku di Gaza kini, sangat meruntun jiwa dan meninggalkan bekas yang amat mendalam. Bumi Isra` yang sedang musnah dan terbakar adalah kemuncak kepada kezaliman manusia yang bergelar pengganas Zionist. Umat Palestin pula dijeruk dengan kesakitan dan penderitaan yang panjang. Semoga Allah SWT memberikan segenap kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kegetiran ini, serta menganugerahkan kemenangan yang seringkali dipanjatkan dalam doa.

Pengumuman!

Kepada semua yang berdekatan dan berkelapangan dijemput untuk hadir mendengar kuliah maghrib yang akan disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Alif Mahari. Beliau merupakan salah seorang AJK Yayasan Amal Terengganu yang pernah memasuki Gaza dalam misi bantuan kemanusian bersama Yayasan Amal Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar sendiri pengalaman beliau dalam menyampaikan bantuan tersebut.

Kuliah Maghrib Perdana : "AWAN MENDUNG DI BUMI GAZA"
Oleh : al-Fadhil Ustaz Alif Mahari. (Yayasan Amal Terengganu)
Tarikh : 09 Ogos 2014 (Sabtu)
Tempat : Masjid Ittifaqiah Tmn Sri Inderapura, Kuantan  
    

JOM SEMARAKKAN MAJLIS ILMU!

3 comments:

paridah said...

ELOK IKUTI MAJLIS ILMU BGINI JIKA BERPELUANG...ASSALAM DIK...

Bunda_nora said...

Sepatutnya banyak lagi kuliah2 macam ni ditempat2 lain...

abuikhwan said...

betul tu...mudah-mudahan kita mendapat gambaran yang sebenar situasi yang berlaku di bumi palestin

Post a Comment