Sahabat Sejati

Saturday, 20 December 2025

Hari ini bersama Dapur Rakyat

Hari ini saya dan Ummu Ikhwan, rezeki dapat turun padang bersama Tim Dapur Rakyat anjuran Yayasan Amal Malaysia di Chendering. 

Program ni ringkas tapi besar maknanya, memasak dan menghantar makanan buat para petugas yang mencuci rumah mangsa banjir. 


 

Paling menceriakan, bekerja dengan geng veteran, aka geng pencen. Macam-macam karenah yang buat dapur tak sunyi dengan gelak ketawa. Uniknya, dapur kami berasap, betul-betul guna kayu api. (Terasa seperti kenduri kahwin dulu-dulu) Kalau kami yang (masih muda) ni, mungkin terus pilih dapur gas. Mudah, cepat, dan kurang drama nasi mentah atau hangit 😄 


Hari ni sempat juga menyiapkan dua periuk besar nasi, gulai ayam, goreng kobis dan sambal belacan. Lepas siap, tugasan packing disempurnakan oleh tim Amalnita. Saya pula sambung misi seterusnya, menghantar makanan ke beberapa lokasi petugas pembersihan. 

Penat? Ya. Tapi puas hati tu.. tak boleh dibayar dengan apa-apa.

Balik rumah, zzz.. zzz.. 

2 comments:

Mama Zharfan said...

alhamdulillah, bagus sgt2 aktiviti gini! barakallah fiikum jami'an

Etuza said...

Subahanallah acara yang seronok dapat jumpa ramai saudara rakan taulan..