Sahabat Sejati

Thursday, 18 December 2025

Tulislah yang baik-baik wahai diriku

'Anakandaku si Haikal yang istimewa'

Tulislah yang baik-baik, walau hanya satu ayat yang terasa sederhana. Kerana kadang-kadang, kita sendiri tidak menyedari betapa tulisan kecil yang lahir dari hati itu mampu mengetuk pintu jiwa seseorang yang sedang mencari arah. 

Mungkin ada insan jauh di sudut dunia, yang tidak pernah kita kenal namanya, sedang bergelut dengan hidup, lalu terjumpa kata-kata yang kamu coretkan. Dan pada ketika itu, Tuhan izinkan tulisanmu menjadi cahaya kecil yang menuntunnya pulang. 

Tidak perlu menunggu hebat untuk memberi manfaat. Tidak perlu menunggu sempurna untuk menginspirasi. Setiap huruf yang ditulis dengan niat baik ada nilainya di sisi Allah. Kadang-kadang, apa yang lahir dari hati akan jatuh tepat ke hati yang lain. 

Maka teruslah menulis yang baik-baik.. kerana siapa tahu, mungkin itulah amal jariahmu yang paling senyap, tetapi paling besar timbangannya. 

Moga Allah menjadikan setiap tulisan kita sebagai titisan hidayah, penyebab perubahan, dan saksi kebaikan yang mengalir tanpa henti hingga ke akhirat.

Allahu al-Musta`an..

5 comments:

Mama Zharfan said...

barakallah fiik.. moga jd amal jariah dan pahala utk dituai di 'sana'

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Semoga setiap yang kita tulis akan memberi manafaat kepada insan lain.

Kakmim said...

Moga ayat² baik kita menjadi pahala x disangka buat sedekah diri kita sendiri

paridah said...

ASSALAM USTAZ tiasa afiat hendaknya tulisan di media maya kekal selama baik r buruk menjadi doa

Ujie Othman said...

Saya tertarik dengan buku yang banyak tu, terasa seperti di perpustakaan. Seronok dapat belek susunan buku.