Sahabat Sejati

Tuesday, 16 December 2025

Dalam Sunyi Malam, Saya Memilih Sebuah Kisah Lama

Saya membelek-belek buku yang tersusun di rak mini library saya. Mata melompat dari satu judul ke satu judul, hati pula berkira-kira, “Buku mana pula nak dibaca ni..?” 

Setelah puas memilih, akhirnya tangan saya berhenti pada sebuah buku nipis, sebuah novel sejarah bertajuk Darah Titik Di Semantan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama tahun 1986. 

Karya Arman Sani ini tidak tebal, hanya 152 muka surat, namun isinya cukup untuk memikul berat sebuah zaman. 

"Ia mengisahkan perjuangan anak bangsa menentang penjajah. Latar gelanggangnya di Pahang, dipimpin oleh Datuk Bahaman dan para pengikut setianya. Lawannya, para pegawai Inggeris yang melanggar perjanjian, merampas hak, dan menghina anak negeri dengan sikap angkuh serta tamak haloba.

Selembar demi selembar, saya disentuh oleh kenyataan pahit yang tidak pernah bersisa daripada sejarah: 

"Dalam usaha menegakkan kebenaran, ujian datang bertindih-tindih. Ada yang menangguk di air keruh. Ada yang menjadi talam dua muka. Ada pula yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri kerana kepentingan diri yang sempit. Inggeris pula bijak bermain jarum, memecahbelahkan, memfitnah, dan meracik perpaduan rakyat sedikit demi sedikit." 

Saat saya menekuni bab terakhir, hati saya tiba-tiba dihimpit rasa sayu. Ada luka halus yang terbuka, bukan kerana cerita itu baharu selesai saya baca, tetapi kerana ia mengingatkan kembali betapa mahalnya harga sebuah perjuangan. 

Dan di antara sunyi malam yang menemani bacaan saya, saya terfikir: Demikianlah sejarah.. Kadang ia jauh di belakang, tapi gema perjuangannya tetap mengetuk dada hari ini.

Judul yang sama tetapi berlainan edisi

5 comments:

Ana Jingga said...

coretan Ustaz ni mengingatkan kak ana pada sebuah novel dari seberang bertajuk Keluarga Gerilia yang kak ana baca untuk subjet BM semasa menduduki STPM. Lama dah kak ana mencari naskah ni di internet namun tak jumpa lagi.

paridah said...

assalam ustaz tiasa afiat hendaknya...kak pun suka baca buku naratif sejarah tapi xpernah tulis buku lagi rasanya nk cuba juga

Ezna Khalili said...

Kalau Datuk Bahaman dulu pernah masuk la dalam buku sejarah sekolah menengah.

Cuya said...

Lama sudah Cuya tidak menekun buku sejarah. Teringat zaman sekolah sejarahlah subjek favourite Cuya. Menggamit memori betul

dear anies said...

kadang kalau terbaca tentang pahlawan masa dulu sy tertanya2 juga dari mana sebenarnya datang kekuatan mereka? rasanya tak cukup kalau kita sandarkan pd senjata sahaja..