Pagi ini, azan Subuh baru sahaja berkumandang, bunyi hujan sudah memukul bumbung rumah seperti gendang yang tidak sabar-sabar.
Aku hanya mampu mengeluh kecil, "Nampaknya kensel lah brisk walk pagi ni..". Ada sedikit kecewa.. Nak buat macamana. Tapi hujan kan rezeki, hujan kan rahmat.
Masuk hampir jam 8, hujan mula malu-malu. Turun renyai, berkabus, macam dia pun sedang fikir nak berhenti ke nak sambung. Aku pula cepat-cepat bersiap, pakai baju sukan, capai kasut, dan siapkan kuda perang, beroda dua.
Alhamdulillah, hujan berhenti sepenuhnya. Masih ada titis halus, tapi langit sendu tetap memberi peluang. Perjalanan ke trek Balok Pine pun lancar.
Target aku: 10 pusingan. Itu pun kalau langit tak buat perangai lagi. Masuk pusingan kelima.. Haa, hujan datang balik tanpa segan-silu. Aku terus berhenti dan berlindung di gazebo.
Sedikit terkilan, ya.. tapi badan sudah panas, peluh pun dah keluar. Lima pusingan tetap lima pusingan. Lebih baik daripada tiada langsung. Betulkan?
Kadang-kadang kita lupa bersyukur pada yang sedikit, sedangkan yang sedikit itulah yang membuka ruang untuk yang lebih besar.
InsyaAllah kalau cuaca mengizinkan, petang nanti aku sambung lagi. Mungkin aku singgah ke Tasik Pelindung pula, treknya lebih panjang, anginnya pun lebih manja.
Hari hujan pun boleh jadi indah, asalkan hati tetap mahu melangkah.😊


3 comments:
Mula dengan langkah yang kecil dari tak buat langsung kann.. Syukur diberi kesempatan menghirup udara segar hari ini..
tengok pada tempat ni,saya baru tahu ustaz pun tinggal di Kuantan ye?
Assalam ustaz jalan2 pagi sihatkan diri damai suasananya
Post a Comment