![]() |
| 'Menekuni lembaran demi lembaran yang mengenyangkan minda' |
Hasrat hati nak buat brisk walk pagi ini. Tapi hujan renyai yang turun sebaik sahaja selepas subuh seakan memegang tangan dan berkata, “Rehatlah dulu.”
Jadi, pagi ini aku biarkan sahaja ritma hujan menepuk lembut atap rumah. Dengan secawan minuman panas di sisi, aku menyelak kembali naskhah yang sudah lama setia dalam simpanan, “MALACCA HAS FALLEN – Keruntuhan Sebuah Empayar Agung”, terbitan 2019.
Entah bagaimana, aku boleh tenggelam sampai ke muka surat 206 tanpa sedar masa bergerak. Lembaran demi lembaran dihadam mengenyangkan minda.
Di celah-celah helaian sejarah itu, tiba-tiba terlintas tentang siri imaginasi PENGEMBARAAN MASA ABAD ke-15 - yang telah berhenti pada Part 6 - baca.
Terdetik juga soalan yang tak pernah terjawab: Perlu ke aku sambung? Ada ke orang nak baca? Atau sebenarnya aku ni syok sendiri je.. 😊
Tapi, begitulah kan.. Ada cerita yang hidup bukan kerana ramai yang membaca, tetapi kerana hati sendiri terasa ingin bercerita.

15 comments:
Tahniah.
Teruskan membaca, teruskan menulis, teruskan kongsi info.
Kalau empayer Melaka tak tumbang, mungkin kerajaan Malaysia kini namanya Melaka.
saya suka baca apa yg ustaz tulis. karya fantasi pun best sbb based on sejarah sbg latarbelakang suasana
cantik cover buku tu. ustaz tulis jelah cerita melaka haritu, kadang2 syok juga baca cerita fiksyen :D
rajinnyer ustad membaca buku., aminn
Banyak sejarah Melaka yg banyak lg org tak tahu. Rasanya tak semua ada dlm buku teks Sejarah. Selamat membaca
Rajin membaca menjadikan minda sihat, petua agar tak cepat pelupa bila dah berusia..inshaAllah pasti ada yang membaca..Blog ni pasti ada yang klik ..ribuan akan klik..mereka membaca tak tinggalkan jejak kecuali yang suka komen seperti Etuza..
membaca itu jambatan ilmu....
Teruskan membaca dan bercerita ustaz. Kemudian kongsikan di blognya ustaz. In sya Allah akan ada yang tumpang membaca resensinya nanti
terima kasih.. amat menghargai
insyaAllah, terima kasih
mungkin juga
insyaAllah, terima kasih..amat menghargai
Teruskan berkongsi...Insha'Allah ada yang nak baca...
Ralit membaca tanpa sedar jauh dah mukasuratnya. Teruskan membaca. Kalau dikongsikan, ada yang minat boleh membaca.
Post a Comment