Mr. kurier datang dengan senyum nipisnya, menghulurkan satu bungkusan berat yang dibalut kemas. Saya ucapkan terima kasih, seolah-olah rasa syukur itu tak habis-habis mengalir.
Rupa-rupanya ia adalah parcel, 'hadiah' daripada anak saya yang sedang menuntut di UITM. Bungkusan itu menampakkan isinya. Empat naskhah buku elok terikat berada tangan saya.
Saya menghubungi beliau menerusi aplikasi vc.
"Guna baucer.." terangnya.
“Kenapa tak beli buku untuk pengajian?” saya bertanya sambil membelek bungkusan.
“Untuk belajar guna online.. ebook..” jawabnya, selamba seperti biasa.
Saya tergelak kecil. “Zaman abi dulu senget bahu pikul beg. Zaman kamu, bawa tablet je sekeping..” Dia angguk kepala, senyum di hujung bibirnya menguntum.
Katanya lagi, dia sebenarnya dah beli beberapa novel kesukaannya, rupanya ada lebihan baucer yang kawan hadiahkan. “Dia tak minat membaca. Jadi tak tahu nak beli buku apa..” tambah anak saya.
Saya hanya mengangguk. Diam-diam saya tersentuh. Dalam banyak pilihan, dia pilih untuk mengisi ‘kelebihan’ itu dengan hadiah untuk ayahnya.. hadiah untuk penyakit saya yang paling kronik, sejarah.
Akhirnya empat buku itu kini berada dalam genggaman:
• Jangan Selewengkan Sejarah Melayu Siri 1
• Jangan Selewengkan Sejarah Melayu Siri 2
• Misteri Taming Sari
• Pertempuran di Hutan
Semua genre sejarah. Semua yang seakan memanggil nama saya sejak lama. Anakanda saya memang sudah maklum, minat saya terhadap sejarah ini bukan sekadar hobi, tapi satu ketagihan yang sudah sebati dengan darah dan tulang.
Saya menatap keempat-empat buku itu. Entah kenapa, hati saya terasa penuh. Bukan kerana judulnya yang menarik, tetapi kerana fahamnya dia akan jiwa seorang ayah yang selalu tenggelam dalam kisah bangsa sendiri.
Kadang-kadang, hadiah bukan sekadar barang. Ia adalah petanda bahawa seseorang memahami kita lebih dalam daripada kata-kata.
Dan hari ini, saya menerima bukan empat buku, tapi empat rasa kasih dalam bentuk yang paling sunyi dan indah.

22 comments:
Alhamdulillah…bukan saja terima buku, tapi juga kasih sayang seorang anak. Saya ikut rasa bahagia.
Alhamdulillah. Terbaik anakanda ππ»
Assalam ustaz afiat tiasa hendaknya...alhamdulillah terima hadiah naskhah sejarah bacaan kegemaran
Alhamdulillah... memang jadi sentimental value buku tu... haisyh kalau acik memang tak jadi juga lah membaca melalui skrim.. baca blog pun kecik beso kecik beso je mata...
wahhh sampai 4 buah buku diberinya...πππ
judul pun best best belaka
Alhamdulillah..amat terasa akan kebahagiaan itu. Seorang anak yang memberi dengan seikhlas hati dan memahami :)
Alahmdulillah, turut bersyukur, rasanya anak tahu minat ustaz suka membaca..
Mohon maaf ya jika ada komen2 tak elok dibaca dari saya...dah berusia kadang tersalah cakap..mohon saya dimaafkan..
tahu .. kat rumah ada mini library hehe
semua ok je.. tak ada apa-apa yang salah pun cikgu
Alhamdulillah..
Alhamdulillah rezeki memang tidak pernah salah alamat ye ustaz. Peminat buku memang teruja kalau dapat book parcel kan? Genre berat semuanya tuh. Kalau KSarie udah tertidur baca 2 mukasurat buku macam niπ Selamat membaca ustaz.
Alhamdulillah.
Iqra'. Semoga ilmu semakin bertambah.
Alhamdulillah. moga beroleh manfaat, juga tanda kasih sayang seorang anak utk ayahnya
saya jarang baca buku bergenre sejarah camni. tapi last year ada beli buku hilal asyraf bertajuk nirnama. cerita pahlawan dari melaka menentang musuh, sesekali diselitkan dgn unsur dakwah. serius best sangat!
Alhamdulillah..
saya pun banyak juga buku karya ustaz hilal asyraf.. tapi semuanya genre motivasi agama
alhamdulillah
amiin ya Rabb
Alhamdulillah , amiin ya Rabb
Anakanda lebih tahu minat Abinya....Alhamdulillah rezeki..
Alhamdulillah..rezeki anak kongsikan. Dia tahu apa yang ayahnya suka. Selamat membaca.
Post a Comment