![]() |
foto hiasan ~ sumber |
Angin petang berhembus lembut, membawa bersama bunyi cengkerik yang mula bersahut-sahutan. Cahaya matahari semakin condong arah ke barat.
“Cantik sungguh kampung ini ye, Pak Andak” aku bersuara perlahan. Dia mengangguk, senyum nipis terukir di bibirnya.
“Dari dulu, begitulah adanya Kampung Permatang ni Zahran. Tanahnya subur, air sungainya jernih, orangnya baik-baik..” dia berhenti sejenak, menyedut rokok daun ditangannya.
"Andai kamu lihat pemandangan Kota Melaka pula, pasti.."
Tiba-tiba kedengaran suara lembut memberi salam dari luar rumah. Suara itu bening, seolah-olah datang bersama hembusan angin petang yang menyapa lembut di beranda.
“Assalamualaikum..”
Kami menoleh hampir serentak. Seorang gadis melangkah perlahan melewati tangga rumah, menundukkan wajah dengan sopan. Kain sarung yang diselimpangkan di kepala menutupi hampir separuh wajahnya, namun dari gerak langkahnya yang tertib dan suaranya yang halus, tergambar keperibadian yang santun.
“Kamu dari mana, Seri?” tegur Pak Andak dengan nada lembut seorang ayah yang penuh kasih.
“Dari rumah Mak Ngah, ayah. Tolong Mak Ngah menumbuk padi."
"Mana adik kamu?" Pak Andak bertanya lagi.
"Busu ada di bawah, menghalau ayam masuk reban. Seri masuk dulu ya, ayah..” Suaranya jernih dan teratur, bagai alunan dari zaman lain.
Pak Andak tersenyum sambil memandangku sekilas. “Itulah anakku, Seri Seroja namanya.”
Aku mengangguk perlahan, namun dalam hati terasa sesuatu yang aneh, nama itu bergema indah, Seri Seroja - berputar lembut di dalam fikiranku.
Seri Seroja melangkah masuk ke dalam, dan sesaat kemudian hanya tinggal bayang kain sarungnya yang beralun di pintu. Namun entah mengapa, kehadirannya meninggalkan kesan yang sukar kuungkap, seperti sehelai kenangan yang baru tersentuh oleh waktu.
Seri Seroja, seorang gadis dalam lingkungan sembilan belas tahun, berwajah ayu dan manis, persis wanita-wanita Melayu lama yang hanya wujud dalam lukisan dan sejarah. Wajahnya lembut, penuh sopan, dan tenangnya bagai bunga tanjung yang gugur perlahan. Siapa pun yang memandang, pasti jatuh hati tanpa sedar.
Dan seorang lagi bernama Busu Ariffin, adik lelaki kecil dalam lingkungan sepuluh tahun, ceria dan banyak bertanya.
“Ayah, siapa ni?” tanya Busu sambil berlari ke sisi Pak Andak.
“Orang singgah, nak. Kita layan sebagai tetamu.”
Busu segera menyua tanggannya kepadaku untuk bersalam, dengan senyum dan seribu soalan, membuatkan aku hampir terlupa akan kerisauan yang bersarang dalam benak.
Kopi panas dan lepat pisang Mak Andak Rukiah
![]() |
foto hiasan ~ sumber |
Tidak lama selepas itu, Mak Andak Rukiah muncul dari dapur membawa dulang yang ditutup tudung saji anyaman daun mengkuang pandan.
Dua cawan kopi panas berasap dan sepinggan kuih lepat pisang yang masih hangat berbalut daun. Aroma kopi kampung itu menampar lembut deria, berpadu dengan bau daun pisang yang lembab. harum dan mengasyikkan, sebagai hidangan petang.
“Makanlah, Zahran. Jangan malu-malu,” ujar Mak Andak dengan senyum yang tulus. “Lepat pisang ni Mak Andak buat sendiri, baru kukus tadi.”
Aku mencapai sepotong lepat itu. Daun pisangnya masih lembap dan panas. Bila dibuka, harumnya seolah memanggil ingatan lama, pada zaman kecil, pada tangan seorang ibu yang juga pandai membungkus kasih dalam sehelai daun.
Seri Seroja melintasi kami untuk ke dapur, sempat menunduk sopan. Sekilas, aku terpandang matanya, teduh, tapi ada sesuatu di situ, sesuatu yang membuat aku tertanya-tanya sama ada aku sedang melihat masa lalu.. atau masa depan.
“Berehatlah dulu, Zahran,” ujar Pak Andak memcah lamunan pendekku. “Kau rehat, malam ni tidur di sini. Esok kita fikir nak ke mana.”
Aku angguk perlahan. Jiwaku masih dilanda goncangan halus, antara percaya dan tidak aku terperangkap di negeri Melaka pada abad ke 15. Tetapi keramahan penghuni rumah ini.. bagai menenangkan badai yang belum bernama.
Bersambung Part 4
15 comments:
betul betul mengembara masa .. menanti sambungan nya..
haha, n3 syok sendiri je ni..
**makluman - cerita ini hanya rekaan, gabungan mimpi+imaginasi.. mimpi 20% je imaginasi je yang lebih.. kira n3 syok sendiri je ni haha..
Suka ayat ni "membungkus kasih dalam sehelai daun". Sangat tepat dan mendalam maknanya dlm menggambarkan kasih ibu 🥹
Assalam moga afiat tiasa ustaz wah menarik sekali susun kata lakar cerita
Nak kena lari episod 1 pulak ni dah terlepas. Seri Seroja.. Seri Seroja.. nampaknya dia telah menjampi Tuan Zahran.
rasanya dah kena penyakit angau si zahran tu ..
terima kasih kak paridah.. mohon tunjuk ajar
Khyusuk membaca catatan ustaz ni, berbakat besar jadi penulis ..kata2 pun tersusun penuh santun. Menterjamah setiap watak satu persatu..Zaman kini ada tak begitu, santun?
Terbaik karya imaginasi ustaz ..
Nak maklumkan, hadiah dah disediakan..tinggal pos kan esok ya..harap lancar urusan esok..
terima kasih cikgu sudi membaca..tapi imaginasi merapu je cikgu.. haha
Wahhh menarik ni jln citernya..sedapnya lepat pisang tu
Hadiah dah poskan..sertakan no phone, tetapi sekali tengok resit penghantaran..nama AbulIkhwan ..harap cepat sampai..
rajin mak andak buat lepat pisang..cm tau2 je ada tetamu nk bertandang...
firasat dan gerak rasa orang dulu-dulu ..haha
Post a Comment