Sahabat Sejati

Thursday, 9 October 2025

Air yang mengalir ke hilir tidak mungkin kembali ke hulu..

'foto hiasan'

Apabila usia semakin meniti senja, kita mula sedar bahawa peluang untuk duduk semeja bersama rakan-rakan lama kian menyusut. Dahulu, setiap hari diisi dengan gelak tawa kawan sekolah, gurau senda di kantin, atau cerita panjang sewaktu menunggu loceng berbunyi. Kemudian, ketika dewasa, kita sama-sama bergelumang di tempat kerja, berkongsi penat lelah mencari rezeki. 

Namun, masa bergerak tanpa kompromi. Seorang demi seorang membawa haluan sendiri. Ada yang jauh diperantauan, ada yang disibukkan keluarga, ada juga yang telah pergi mendahului kita. Lalu pertemuan semakin jarang, hanya sesekali jika ada undangan kenduri atau pertemuan kecil yang sukar diatur. 

Kerana itulah, apabila ada peluang untuk bersua kembali, rebutlah ia. Duduklah walau seketika, biar kopi sejuk di meja, asalkan hati kembali hangat dengan kenangan yang tidak pernah pudar. 

Air yang mengalir ke hilir tidak mungkin kembali ke hulu. Begitulah juga kehidupan, waktu yang pergi tidak akan berpatah semula. Yang ada hanyalah ruang kecil yang Tuhan pinjamkan untuk kita saling mengikat kembali silaturahim sebelum tirai kehidupan ditutup. 

Dan pada saat itu, kita akan tersenyum, kerana pernah menghargai kawan-kawan lama yang pernah berjalan seiring di sisi kita, walau hanya sekejap dalam perjalanan panjang bernama kehidupan.

6 comments:

Warisan Petani said...

Teruslah mengisi baki kehidupan dengan amal kebaikan

paridah said...

assalam moga ustaz tiasa afiat sjhtra begitulah masa kehidupan persis air dari hulu ke muara nikmati kebersamaan sebelum ditinggalkan

NA said...

Betul itu, keadaan berubah. Hanya dapat mengenang.

Puan Hazel said...

Lama tak dengar pepatah ni...
Sayangnya, kita juga sering tertipu dgn masa :(

Penghuni 60 said...

Itulah jarum waktu kehidupan. Akan terus berdetak ke depan tak bisa berulang kembali. Manfaatkan waktu sebaik mungkin.

Salam, ijin saya follow blognya.

Etuza said...

Sungguh kenangan lalu menggamit memori, ada yang lama ada yang baru..kehidupan kini kita menyusuli fasa seperti ibubapa kita..cuma cara melaluinya berbeza..mereka dengan keperitan kala membesarkan kita, masa kita berubah acuannya tetapi pada titian usia yang sama..Semoga sahabat2 masa zaman muda sentiasa sihat sejahtera..