Sahabat Sejati

Monday 4 January 2021

Entah bagaimana rasanya?


Hujan yang mengganas diluar sentiasa membangkitkan selera makan. 

Dalam renyai-renyai hujan yang turun, saya menghampiri sebuah kanopi di antara deretan kanopi di tepi jalan tersebut. Banner yang tergantung menarik perhatian saya untuk menghampirinya. Hasilnya dua bungkus nasi ambeng saya jinjit untuk dibawa pulang. 

Entah bagaimana rasanya nasi ambeng ini. Seumur hidup saya setakat ini, belum pernah lagi mencubanya. Kiranya dua bungkus yang saya bawa pulang ini adalah kali pertama untuk dicuba, Bagaimana pula ummu Ikhwan dan anak-anak, gemarkah mereka dengan juadah ini?

Benar, tidak mudah untuk bertemu dengan juadah ini ditempat saya. Ia bukanlah juadah utama negeri kami, sebagaimana nasi lemak, nasi minyak, nasi beriani dan lain-lain yang mudah kedapatan. 

Melihat aksara pada banner yang tertera "Nasi Ambeng" tadi, tiba-tiba rasa teruja pula untuk membelinya. Manalah tahu jika ia kena dengan selera saya. Mahu tak mahu terpaksalah ummu Ikhwan belajar membuatnya selepas ini untuk memenuhi selera heronya ini.   

2 comments:

paridah said...

Assalam moga ustaz n famili sihat sejhtera...sedapnya nasi ambeng akan musim hujan gini macam2 isinya ada

Normala Saad said...

Assalamualaikum Abu.
Saya pun belum pernah makan lagi nasi Ambeng ni. Ditempat saya mungkin yidak popular nasi ni jadi tak ada sapa yang menjualnya.

Post a Comment