Sahabat Sejati

Sunday 3 January 2021

Alhamdulillah, waqaf al-Quran di Chad

Alhamdulillah. Selesai pengagihan 2000 naskah Al-Quran hasil sumbangan sahabat-sahabat di Malaysia yang telah diuruskan dengan jayanya oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang dan Amal Kedah. 

Kali ini ianya diadakan di Negeri OUM HAJAR kira kira 760km dari N'djamena (Ibu negara Chad). Dimaklumkan kepada kami bahawa belum ada lagi NGO yang menyampaikan wakaf Al-Quran di tempat mereka sebelum ini. 

Terima kasih kepada muslimin dan muslimat, para dermawan yang berwakaf semoga ianya menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Senaskah dengan harga RM25.00. Jom gandakan pahala kita atau niatkan untuk orang tersayang yang telah meninggalkan kita dengan meWAKAFkan Al-Quran untuk umat Islam di Afrika dan Rantau Asia.

Bayangkan, berapa pahala yang akan kita raih disaat setiap huruf yang dibaca, dan amalannya diamalkan? Masya-Allah banyaknya! 







Penyertaan masih lagi dibuka kepada semua yang berhajat untuk berwaqaf jariah. Sertakan bayaran secara atas talian melalui link di bawah:

https://sumbangan.yayasanamalpahang.com/uzawaqafQuran 

Bayaran juga boleh terus ke akaun MayBank: 5560 1100 9756 (YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN PAHANG) 

https://toyyibpay.com/waqaf-al-quran 

Maklumat bayaran boleh terus WhatsApp kepada: www.wasap.my/+60193177143/wakafQuran (Abu Ikhwan)

Dapatkan info dan berita Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang di:



1 comments:

paridah said...

Assalam moga ustaz n famili sihat sejahtera...Alhamdulillah urusan wakaf al quran selesai sempurna

Post a Comment